PARA WARTAWAN
TIDAK FAHAM
KAH KAH KAH
ABAH TAKUT
SALAH JAWAB
BILA DITANYA
WARTAWAN
KAH KAH KAH
BILA
SALAH JAWAB
WARTAWAN KETAWA
KAH KAH KAH
BILA WARTAWAN
KETAWA
ABAH JADI BADUT
AMIN
Kerajaan Muhyiddin tidak telus, kata badan wartawan
LANGKAH Muhyiddin Yassin berkomunikasi melalui perutusan dan mengurangkan akses dengan media membayangkan pentadbiran Perikatan Nasional tidak telus dan terbuka, kata badan wartawan.
Langkah itu juga menyukarkan rakyat mengetahui maklum balas segera atau pendirian pihak kerajaan berhubung sesuatu isu yang melibatkan kepentingan umum, kata mereka.
Pengarah eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Wathshlah Naidu berkata, tanpa sidang media terbuka, sukar untuk wartawan membangkitkan soalan yang memerlukan respons segera perdana menteri.
“Amalan itu menimbulkan banyak persoalan, tidak terbuka dan telus bagaimana maklumat itu disampaikan.
“Sekarang kita lihat kerajaan menggunakan media sebagai alat untuk mereka menyampaikan maklumat, ketika sidang media akses juga terhad (kepada sesetengah media) sedangkan sidang media seharusnya menjadi tempat sesi soal jawab yang sihat tetapi apa yang berlaku sekarang sebaliknya,” katanya, kepada The Malaysian Insight.
Sejak jadi perdana menteri pada 1 Mac 2020, Muhyiddin hanya sekurang-kurangnya tiga kali mengadakan sidang media melibatkan wakil media terpilih, sekali diwawancara oleh media tempatan dan tidak pernah sekali pun oleh media antarabangsa.
Muhyiddin sebaliknya memilih untuk menyampaikan perutusan, yang sehingga kini sudah lebih kurang 40 kali, dan disiarkan secara langsung di televisyen. Setiap perutusan itu juga, yang lazimnya menyentuh mengenai isu berkaitan Covid-19, tidak pula dibuka untuk soal jawab bersama media.
Sidang media menteri Kabinet juga umumnya tidak terbuka kepada semua media, atas alasan untuk mematuhi langkah mencegah penularan Covid-19.
“Komunikasi sehala itu bukan hanya dilakukan perdana menteri tetapi juga menteri lain,” kata Wathshlah.
“Mereka hanya mewar-warkan naratif mereka sendiri, membentuk nada dan agenda bagaimana sesuatu polisi itu mahu dilihat.
“Ini menyebabkan media terlepas peluang untuk bertanyakan soalan yang memerlukan penjelasan lanjut atau mencabar maklumat mereka secara terbuka,” tambahnya.
Wathshlah mendakwa, tindak-tanduk kerajaan hari ini menyebabkan media berada dalam keadaan takut.
“Ini langkah strategik, mereka (kerajaan) tidak boleh dicabar dan disoal,” kata Wathshlah.
Sementara itu, Gerakan Media Merdeka (Geramm), kelompok wartawan yang mempertahankan kebebasan media, melihat kerajaan tidak wajar menjadikan pandemik Covid-19 sebagai alasan untuk berdepan dengan wartawan.
“Kita faham dalam pandemik ini, terdapat beberapa kekangan untuk media melakukan pekerjaan, namun para wartawan, jurugambar dan pekerja media rata-rata terus melakukan kerja seperti biasa.
“Bagaimanapun terdapat satu trend pemimpin tertinggi dan menteri yang hanya membuat sidang media atau membenarkan liputan daripada ‘media rasmi’ atau media tertentu sahaja,” kata penyelaras Geramm, Radzi Razak.
Katanya, langkah berkenaan menyebabkan rakyat tidak dapat jawapan segera berhubung isu semasa, lebih-lebih mengenai hal-hal berkaitan penularan dan pengurusan jangkitan Covid-19.
“Walaupun terdapat pengumuman dan perutusan hampir saban bulan di kaca televisyen, agak sayang apabila kebanyakan media tidak dapat bertanya terus kepada kepimpinan kerajaan.
“Terutamanya ketika pada masa ini rakyat memerlukan jawapan dan maklumat jelas mengenai keadaan semasa.
“Jika ini dibandingkan dengan pemimpin kerajaan sebelum ini ia amat berbeza,” kata Radzi.
Berbeza dengan zaman pemerintahan Dr Mahathir Mohamad sewaktu menjadi perdana menteri, ahli Parlimen Langkawi itu begitu terbuka dengan pertanyaan dan persoalan daripada petugas media. – 26 Februari, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan