YB PKR
DAH KENA
UMPAN
KAH KAH KAH
KALAU PAKAI
UMPAN ANAK IKAN
LAGI CEPAT
DAPAT TANGKAP
KAH KAH KAH
PKR selar cubaan umpan ahli Parlimen keluar parti
BEBERAPA pihak berusaha mengugut dan megumpan ahli Parlimen pembangkang untuk keluar dari parti mereka, kata Saifuddin Nasution Ismail.
Setiausaha Agung PKR berkata ini adalah usaha untuk melemahkan pembangkang kerana kerajaan telah hilang majoriti memandangkan Parlimen kini dibenarkan untuk bersidang semasa darurat.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu ini berkata selain diugut berkaitan isu cukai pendapatan, siasatan polis dan SPRM, melalui tawaran projek serta jawatan dalam GLC juga dijadikan sebagai umpan.
“Pada masa yang sama, jelas di mata ramai bahawa kerajaan kini sudah tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat, sama ada berkait pendidikan, pekerjaan, mahupun kesihatan awam.
“Maka Keadilan mengecam langkah terdesak untuk membuatkan ahli-ahli Parlimen Keadilan keluar parti menjadi bebas atau menyertai parti kerajaan, sama ada melalui ugutan mahupun habuan,” katanya.
Beliau mengingatkan ahli Parlimen PKR untuk tetap berpegang pada semangat juang dan juga reformasi.
Rakyat selalu menilai tindakan ahli Parlimen dan ini akan dapat dilihat pada pilihan raya ke-15, katanya.
Portal berita Free Malaysia Today yang memetik sumber berkata bahawa dua ahli Parlimen PKR sedang berbincang dengan orang tengah dari Perikatan Nasional untuk menyertai gabungan kerajaan.
Salah seorangnya dari Borneo sementara seorang lagi dari semenanjung. – 27 Februari, 2021.
Saja untuk cover up 3 lagi YB Amanah lompat masuk dalam tong PKR. Divert story bagi rakyat tak nampat depa melompat. Katak tetap katak, terasa Amanah ni macam tak ada maruah langsung. Bubar sajalah.
BalasPadam