Isnin, 22 Februari 2021

ZAHID TAK FAHAM

 


ZAHID TAK FAHAM

KAH KAH KAH

KALAU TAKDA

DARURAT

MUHYIDIN JATUH

KAH KAH KAH

BILA JATUH KENA

ADA PRU15

AMIN

BILA ADA PRU15

KOBID MENYERANG 

GANAS

AMIN

MACAM TERJADI

DI SABAH

AMIN




SOP dah ketat buat apa lagi isytihar darurat, kata Zahid

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak bersetuju dengan pengisytiharan darurat yang dilakukan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, secara peribadi keputusan tersebut adalah tidak perlu apatah lagi kerajaan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk menangani wabak Covid-19.

“Kita telah ada SOP cukup ketat dan pada saya secara peribadi tidak perlu pun darurat diisytiharkan.

“Dalam perkara ini saya amat taat setia kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang telah dinasihati oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri mendapat mandat dari jemaah menteri supaya darurat diisytiharkan.

“Tetapi hakikatnya, rakyat harus diambil kepedulian,” katanya dalam satu wawancara yang disiarkan di Malaysiapost pada Ahad.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, dakwaan sesetengah pihak bahawa Muhyiddin hanya mahu mempertahankan kedudukannya dengan pengisytiharan darurat adalah interpretasi rakyat yang tidak boleh ditahan oleh kerajaan.

Kerana itu katanya, kerajaan perlu lebih mengutamakan masalah rakyat yang mungkin dianggap kecil oleh mereka yang berpangkat tinggi.

“Mungkin soal rakyat terlalu kecil untuk mereka yang berpangkat besar, berkedudukan tinggi, berada di dalam bilik berhawa dingin dan berkerusi empuk.
 
“Tapi bagi kita masalah rakyat yang harus diutamakan. Tanpa rakyat, kita tidak akan berada di mana-mana posisi dalam kerajaan apatah lagi sebagai anggota jemaah menteri,” katanya.

Zahid menggambarkan demokrasi di Malaysia sudah dikafankan apabila ahli-ahli Parlimen tidak lagi boleh bersidang bagi menyampaikan keluhan dan isu yang dibangkitkan rakyat.

Ketika pandemik COVID-19 inilah katanya, rakyat dihimpit kemelut ekonomi memerlukan pendapatan bagi menyediakan makanan untuk keluarga serta meneruskan kelangsungnan hidup mereka.

“Rakyat mahu makanan di atas meja, duit dalam poket. Suara saya adalah nadi daripada rakyat, dan ramai lagi kawan-kawan lain yang menyebutkan perkara ini kerana kalau bukan kita (wakil rakyat) yang menyuarakan suara rakyat, siapa lagi?

“Saya adalah sebahagian daripada kerajaan, tetapi oleh kerana Parlimen tidak bersidang, maka jangan disekat suara rakyat yang saya menjadi lidahnya.


INILAH HAKIKAT

YANG SEDANG

BERLAKU

AMIN

LEPAS NI

KALAU ADA PRU

SAPA MENANG

DIA PUNYA

KAH KAH KAH



4 ulasan:

  1. Kepale butoh lah Wak Jahid.Dah tumbang baru pandai cakap hal kesusahan rakyat.Dulu mase berkuasa bukan main sombong dan ego.Sekarang dah jadi kluster makamah dan berhadapan puluhan tuduhan rasuah jutaan ringgit.Ni lah contoh pemimpin haramjadah yg patut d humban segera d sg buloh.Klu ade rakyat yg msh nak dengar sendiwara melaon nu,lebih baik pergi mati lah..

    BalasPadam
  2. Ye ker sop ketat...ketat untuk sape.. ketat tu apa... sendat ke...sop ketat sendat utk semua tempat ke... atau kat mahkamah je

    BalasPadam
  3. Bukan Zahid tak faham, TT yang tak faham apa yang diinginkan Zahid, dia peduli apa dengan covid, jika PRU diadakan dan GEROMBOLAN menang, harapan untuk menjaukan diri dari SB terbayang dikepala.....faham tak????

    BalasPadam
  4. sambungan ...

    Dalam Kitab Allah dinyatakan bagaimana mereka yang syirik dimusnahkan. Contoh, kaum Nabi Nuh dihapus dengsn banjir besar. Kaum yang menentang Nabi Musa ditenggelam dalam lautan. Kaum Nabi Lut di kwmbus dalam bumi dan pemerintah zaman Nabi Ibrahim di musnah dengan nyamuk (penyakit).

    Kini wabak corona virus? sedang mengganas di dunia. Ini tanda Allah beri ingat kepada manusia akan kesyirikan sedang berlaku.

    Beringatlah. Adakah manusia sekarang sedar kesalahan telah dibuat? Apakah kesyirikan sedang menular?

    Kesyirikan sedang menular. Manusia sudah mengaku Tuhan. Manusia mengaku mereka berkuasa: UN WHO, Federal Reserve, IMF, Wold Bank, World Court, Pemerintah, Raja, Saintis dll mengaku mereka semua berkuasa ke atas dunia. Manusia lain pula menyokong dan percaya pada kuasa mereka. Manusia sudah lupa dan ingkar pada Allahnya. Syahadah yang diucaokan hanya pada bibir sahaja dan hati mereka tidak turut serta.

    Dengan itu perbetulkN diri segera sbelum Allah musnahkan kita. Ingat!!! Tiada yang wujud melainkan diwujudkan Allah. Tiada yang berkuasa melainkan diberi dengan izin Allah. Ringkanya, kudrah, iradah, ilmu, hayat samah (pendegaran), basar (penglihatan), kalam semuanya pinjaman dari Allah kepada mahkluknya, khusus pada mahkluk yang diberi nama manusia.

    Wahai manusia khususnya orang melayu, jika tidak mahu melayu hilang di dunia, baliklah ke jalan Allah. Jangan TAMAK!!! TAMAK adalah sifat yang menyebabkan Adam diturunksn dari Syurga ke bumi. TAMAK adalah musuh manusia dan punca syirik. Selalulah ingat hanya Allah saja Wjud sebenar-benar WUJUD dan berKUASA. Buanglah TAMAK. BUANGLAH TAMAK jauh-jauh dari hati dan AMBIL "LILLAHI TA'ALA :KERANA ALLAH TA'ALA saja di dalam hati.

    WaAllahuTa'ala. Wassalam.

    BalasPadam