TIDAK mahu tragedi bencana yang melanda Sungai Kim Kim berulang, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mengarahkan jabatan berkaitan termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat ‘tompokan air hitam’ yang didakwa mencemari sungai itu sejak kebelakangan ini.
Semalam genap ulang tahun kedua tragedi pencemaran itu yang menjejaskan ribuan pelajar sekolah serta masyarakat sekitar Pasir Gudang.
Menterinya Tuan Haji Ibrahim Tuan Man berkata sampel air telah diambil selain pemantauan menggunakan dron di sepanjang lembangan sungai berkenaan untuk mengenal pasti punca dari mana air hitam berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan