Rabu, 31 Mac 2021

AWAS BAHAYA SUNTIKAN

 


AWAS

BAHAYA SUNTIKAN



AstraZeneca dihentikan bagi individu bawah 60 tahun di Jerman

SUNTIKAN vaksin jenis AstraZeneca untuk individu berusia di bawah 60 tahun diberhentikan mulai semalam di Berlin, Jerman.

Menteri Kesihatan Berlin Dilek Kalayci yang mengesahkan perkara itu, berkata ia susulan laporan berlaku insiden darah beku dalam kalangan mereka yang menerima suntikan berkenaan.

“Kami menghentikan sementara vaksin AstraZeneca kepada individu bawah 60 tahun,” katanya yang memetik data terbaru mengenai kesan sampingan.

Beliau berkata tindakan itu diambil sebagai langkah pencegahan, sementara menunggu saranan rasmi pihak berkuasa kesihatan persekutuan.

“Kita belum menerima kes serius membabitkan kesan sampingan di Berlin,” kata Kalayci sambil menjelaskan semua individu menerima suntikan pertama AstraZeneca mendapat perlindungan yang baik.

Menurut laporan majalah Spiegel, pengawal selia perubatan Jerman, Institut Paul Ehrlich (PEI) setakat ini melaporkan 31 kes darah beku dalam kalangan mereka yang menerima suntikan AstraZeneca.

Kebanyakan kes dilaporkan membabitkan wanita muda dan di pertengahan usia, sekali gus mendorong beberapa hospital di Jerman menghentikan suntikan itu bagi golongan berusia 55 tahun ke bawah, minggu ini.

Menurut Kalayci menteri kesihatan serantau di Jerman mengadakan pertemuan hari ini manakala Suruhanjaya Vaksin Jerman dijangka membuat usul baharu mengenai AstraZeneca, tidak lama lagi.

Semalam, Kanada juga mengusulkan pemberhentian suntikan itu bagi mereka berusia 55 tahun sementara menunggu analisis lebih lanjut.

Vaksin AstraZeneca menerima pelbagai reaksi sebelum ini di mana Britain iaitu negara yang menghasilkannya, terus menyokong penggunaan produk itu. – AFP, 31 Mac, 2021.

KITA 

JAGA KITA

AMIN



1 ulasan:

  1. Saya tertanya-tanya diri, patut kah saya sebarkan berita pada kenalan melalui wassap? Apakah mereka yg bersedia menerima waksin ni akan anggap aku ni tukang bawak ketakutan? Serbasalah jugak...

    Aku bagitau diriku...aku buat sebagai komen di blog tukartiub. Paling tidak dia akan baca dan dapat nilai berita ini dapat membuat andaian yg sepatutnya...


    ~~~

    https://t.me/geddes/2484

    #JustSayNo
    The truth is out. Pfizer Executive admits that their vaccine is not designed to end the pandemic but to turn it into an endemic so that the demand of their vaccines will continue forever and give them the opportunity to make a lot of money selling their vaccine. Once the pandemic becomes an endemic, just like the flu, all those who have already been vaccinated will need to continue to receive a boost er every year or so.
    https://youtu.be/WZnlC-eUCoo

    BalasPadam