Isnin, 1 Mac 2021

BERKHALWAT HARI KE 349

 



KHALWAT KE 349


SENIN 1/3/2021
KITA MASUK KE HARI 349
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 48

SENIN PAGI INI
SEMUA SEKOLAH DIBUKA
PAGI INI AWAL PAGI
DILUAR FLET GUA
RAMAI KERETA
AYAH BONDA
MENGHANTAR ANAK ANAK
KE SEKOLAH 

SEKOLAH RENDAH
KWAN CHENG
JALAN KERAYONG
DI SEBELAH  MAKAM KWANTUNG
DI SEBELAH
PADANG GOLF TUDM

HAMPIR SETAHUN
TAKDA TRAFIK JAM
DEPAN FLET
BAGI INI JAM KEMBALI
AMIN

GUA MASUK HOKKIEN
AGAK AWAL
KUALA LUMPUR BERJEREBU
HOKKIEN JUGA KELIHATAN MALAP

DARI GAUNG GUA DENGAR
JANTAN BERKOKOK
DARI JAUH GUA DENGAR
KUR KUR KUR

DAH MASUK 2 MINGGU TAK HUJAN
RUMPUT KERING TELAH DIBAKAR
UNTUK MENYAMBUT
PESTA KENDURI KUBUR

DALAM MAKAM  CHINA 
ADA GAMBAR PADA BATU MAMAR
LAGI KAYA LAGI LUAS KUBUR
LAGI BANYAK GAMBAR
GUA RAKAM SATU
HARI INI

BRO
GUA DAH  TERSENYUM
LU BILA LAGI
MARI KITA
TERSENYUM BERSAMA

BRO
HIDUP INI MENJADI NIKMAT
BILA IMPIAN KITA
BOLEH DIKOTAKAN

SOSOK YANG BERBUDI
TAK BANYAK BERCAKAP
TAPI BANYAK MEMBUAT

BRO
BAHAGIA ATAU TIDAK
HIDUP KITA BERGANTUNG 
PADA  NILAI FIKRAH KITA

BRO
KADANG KADANG
KITA PUTUS ASA
TAPI AHKIRKAN
PENCERAHAN DAN KEBENARAN
SAMPAI
YANG ZALIM
YANG MENIPU
YANG JAHAT
YANG MENYAMAR
BERKUASA UNTUK SEMENTARA
AKHIRANYA
SEJARAH MENUNJUKKAN
MEREKA  AKAN  JATUH
BILA PUTUS ASA  ATAU KECEWA
INGATKAN PEKARA INI

BRO
CARA NAK MEMULAKAN SESUATU
IALAH BERHENTI BERCAKAP
MULA MEMBUAT

HA HA HA
KADANG KADANG
BAIK JUGA KITA JATUH
UNTUK KITA SEDAR
DIMANA KITA BERDIRI

BRO
TIAP KALI JATUH
JANGAN TAK BANGUN

DUA PEKARA
YANG KITA PERLU ADA
KEJAHILAN DAN KEYAKINAN
INI MENJANJIKAN KEJAYAAN

BRO
MEMANG SUSAH
NAK BERJAYA
TAPI LEBIH PALAT
KALAU TAK MENCUBA
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERKHALWAT


1 ulasan:

  1. Ini khalwat dato Kong. Datok Kong ni lahir di malaysia. Di China semua ugama disekat dan dikawal, susah nak cari Datok kong. Banyak dah individu dijadikan dato Kong. Datok Kong ni biasanya Melayu, dan sekarang dah ada Datok kong najib, sepatutnya buat juga datin kek rosmah. Selain Melayu ada Datok Kong Benggali mendiang karpal Singh.
    Andaikata boleh dibuat Datok Kong Anwar, tentu ramai peminat. Ramai yang datang nak minta nombor.

    BalasPadam