Selasa, 9 Mac 2021

BERKHALWAT HARI KE 357

 


KHALWAT KE 357
SELASA 9/3/2021
KITA MASUK KE HARI 357
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 56

ANGKA KOBID
KELIHATAN MENURUN
AMIN

VAKSIN MASIH
MENCUCUK
KITA ORANG BIASA
TUNGGU DULU
AWALKAN BARISAN DEPAN
MEREKA
MENJADI BENTING KITA

PARA GEDEBE 
YANG POTONG JALAN
KIRA OKAY
BIARKAN MEREKA
JADI TIKUS MAKMAL
UNTUK KITA SEMUA

KITA TUNGGU TEPI SUNGAI
MAT SALLEH KATA
NO RUSH
AMIN

MYANMAR 
TERUS BERGOLAK
ANTARA WARGA
DENGAN  TENTERA

INILAH MASA YANG BAIK
PBB HANTAR ASKAR
MACAM AMERIKA 
HANTAR ASKAR
UNTUK JATUHKAN SADDAM
AMIN

PAGI INI HOKKIEN INDAH
MATAHARI DAH KELUAR
LANGIT KELIHATAN BIRU
BANYAK TOMPOKAN
AWAN PUTIH
KALAU MEREKA BERKUMPUL
MUNGKIN BAWA HUJAN

HARI INI
PANAS YANG 
MENJANJIKAN

HOW WOW BERSUARA
MURAI BERKICAU
BELATUK MENGETUK

SATU KUMPULAN TIONG
BERKUMPUL TENGAH JALAN
EZI SANGKA TUPAI
PATAS DIA MENGEJAR
DI IKUTI OLEH TAK TAK
TIONG BERTEBANGAN LARI
INDAHNYA PAGI INI
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUMAN

BERI PERHATIAN
PADA MUSUH
MEREKA YANG PERTAMA
MELIHAT KITA SILAP

GAGAL IALAH PELUANG
UNTUK KITA MULA SEKALI LAGI
DENGAN LEBIH BIJAK

HIDUP INI SINGKAT
JANGAN TERIKAT
 DENGAN DOGMA
ATAU
PEMIKIRAN ORANG LAIN

BRO
KITA DI BERI TAHU KITA LUPA
KITA BILA  DIAJAR KITA HANYA TAHU
KITA BILA TURUN  BERDEMO
 PASTI INGAT
SEPANJANG HIDUP

BRO
JIKA LU ADA RANCANGAN
 GILA TINGGI
BILA LU GAGAL
LU DAH BERJAYA
KERANA RANCANGAN 
ORANG LAIN
AGAK RENDAH

BRO
BANYAK YANG GAGAL
TAK SEDAR
KEJAYAAN  DAH HAMPIR
NAK SAMPAI
BILA MEREKA  BERHENTI

MASA DEPAN
ADALAH UNTUK
MEREKA YANG MENGKOTAKAN
IMPIAN INDAH

BRO
KALAU KITA JADI GEMBIRA
ORANG LAIN PUN
AKAN IKUT GEMBIRA

BRO
JALAN IKUT JALAN
YANG ORANG SELALU IKUT
RENTAS BELUKAR
DAN 
JADIKAN DENAI

HIDUP INI
ADALAH PENGEMBARAN
YANG HEBAT
ATAU
TAK ADA APA APA

BRO
HIDUP ATAS SINARAN MATAHARI
BERENANG DALAM LAUT
MINUM UDARA LIAR

CUBA CUBA LAGI
BUKAN 
UNTUK BUAT BETUL
TAPI
BUAT HINGGA TIDAK SALAH

BRO 
LU TAHU TAK
HARIMAU TAK AKAN 
HILANG TIDUR
KERANA MENDENGAR
PANDANGAN KAMBING
AMIN

LALUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

1 ulasan:

  1. INILAH MASA YANG BAIK
    PBB HANTAR ASKAR
    MACAM AMERIKA
    HANTAR ASKAR
    UNTUK JATUHKAN SADDAM
    AMIN

    gwa nak minta pencerahan. adakah semasa Amerika hantar askar untuk jatuhkan saadam dulu, masa yang terbaik dan itu tindakan yang terbaik? seingat gwa tt ada tulis yang saadam kena hukum hanya kerana dia tidak mahu berurusniaga minyak menggunakan dollar. harap buah fikiran tt. terima kaseh

    BalasPadam