Selasa, 16 Mac 2021

BERKHALWAT HARI KE 364

 



KHALWAT KE 364

SELASA 16/3/2021

KITA MASUK KE HARI 364
BERKHALWAT

LAGI SEHARI KITA
CHUKUP SETAHUN
 DALAM PKP
AMIN

DARURAT
HARI KE 63

BERAPA LAMA
LAGI KITA MACAM INI
HANYA GURU NANAK YANG TAHU

VAKSIN DAH SAMPAI
KITA WAJIB TUNGGU
TAK PERLU GOPOH
AMIN

PAGI INI HOKKIEN SEGAR
HUJAN PETANG KELMARIN
CUKUP UNTUK MEMBAWA
PAGI YANG SEJUK

KUALA LUMPUR DILIPUTI
KABUS NIPIS
ATAU
 JEREBU

UNGGAS YANG  BISING
MASIH TERKUKUR
DARI JAUH GUA DENGAR
HOW WOW
DIA DAH PINDAH RUMAH

KELIHATAN DUA KUMPULAN
 KELUARGA
SUDAH DATANG BERNAZAR
DATANG  AWAL
UNTUK MENGELAK 
KESUSAHAN MELETAK KERETA

KENDURI KUBUR
DAH BERMULA DI HOKKIEN

BRO
UDAH SENYUM
GUA TERSENYUM
PAGI INI UNTUK
MEMULAKAN MENGETIK INI

BRO
APA YANG DATANG
BIARKAN DATANG
APA YANG PERGI 
BIARKAN PERGI
APA YANG TINGGAL
BIARKAN TINGGAL

JANGAN KEJAR
ORANG LAIN
ORANG YANG SESUAI
UNTUK KITA AKAN DATANG
DALAM HIDUP KITA
DIA  AKAN  JADI  SUAI
DAN TERUS BERSAMA

BRO
LU JUGA WAJIB INGAT
TAK SEMUA ORANG
AKAN SENTIASA ADA DISAMPING
BELAJAR HIDUP
SENDIRIAN

BRO
INGATLAH
KERETA BUKAN 
TANDA KEJAYAAN
DAN
JALAN  KAKI
 NAIK LRT
BUKAN TANDA
KEGAGALAN

BRO
MINDA KITA IALAH TAMAN
BOLEH SEMAI BENIH
BOLEH TANAM BUNGA
BOLEH TANAM LALANG

JUJUR
IALAH SIKAP YANG DILAKUKAN
WALAU PUN
TAKDA SAPA NAMPAK

BRO
PAGI INI LU KAYA
KALAU LU 
GEMBIRA DENGAN 
APA YANG ADA

BRO
JANGAN RISAU
MALAM YANG GELAP
ITU AKAN BERAKHIR
 MATAHARI PAGI AKAN MUNCUL

BRO
KALAU LU TAK
CINTA PADA DIRI LU
MACAM MANA NAK CINTA
PADA YANG LAIN

SELALU  SANTAI
TERIMA KASIH
PADA ALAM
YANG MEMBERIKAN 
KITA HIDUP

BRO
KATA KATA INI
MACAM KUNCI
DIA BOLEH BUKA
BANYAK HATI
DAN TUTUP
BANYAK MULUT

BRO
KALAU LU NAK CINTA
BERIKAN CINTA
KALAU LU NAK
 PENGHORMATAN
BERIKAN HORMAT
KALAU LU NAK KEBENARAN
JADI SOSOK JUJUR

KADANG KADANG
HATI KITA PERLU MASA
WALAU PUN MINDA KITA
DAH KATA OKAY


BESARKAN IMPIAN
TEKUN  BEKERJA
ENJOY DE MENJOY
HIDUP INI
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

1 ulasan:

  1. Benar, kereta bukan tanda kejayaan. kereta satu beban berat. mahal nak beli, tiap bulan ansuran, petrol, servis tukar minyak, tukar tayar, tukar tiub, tukar alat, tukar-tukar-tukar, semua duit keluar. lepas 10 tahun kereta dah buruk, mesti tukar lagi.

    Kenapa macam tu, ramai kena beli kereta, motosikal. Kerana negara tak ada sistem angkut awam. Gomen dan politkus sibuk berpolitik kuasa. Tak peduli pembangunan asas negara. Rakyat dibebankan.

    BalasPadam