Isnin, 29 Mac 2021

BERKHALWAT HARI KE 377

 


KHALWAT KE 377

SENIN 29/3/2021

KITA MASUK KE HARI 377
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 376

TENTERA TERUS
MENEMBAK RAKYAT
DI MYANMAR

DUNIA MASIH BERFIKIR
APA YANG WAJIB DILAKUKAN
DUA HARI DULU
HARI BERDARAH MYANMAR
RAMAI DITEMBAK MATI
AMIN

KAPAL MASIH TERSANGKUT
DI TERUSAN SUEZ

DI BARCELONA
5,000 DATANG
MELIHAT ROCK KONSERT
SATELAH DISARING SEHAT

PAGI INI GUA 
TAK MASUK HOKKIEN
KERANA HUJAN

KETIKA GUA MENGETIK
HUJAN LEBAT DI LUAR BALKONI
 BERMULA WAKTU SUBUH

TAK TAK DAN EZI
MENJALAR
 DI BELAKANG KERUSI
MENUNGGU UNTUK KE HOKKIEN
KESIAN

GUA SENDIRI  PAGI INI
TAK MENDEGAR
SUARA UNGGAS
DAN
CENGKERIK
YANG KEDENGARAN
HANYA CURAHAN HUJAN
DI LUAR BALKONI
AMIN

BRO 
PAGI INI MULAKAN
DENGAN SENYUM

ILMU YANG SABENAR
UNTUK MEMPERLIHATKAN
BETAPA BANYAKNYA
PEKARA YANG KITA TAK TAHU

BRO
 LU DAH SAMPAI JAUH
KE SINI
TAK KAN LAH
JAUH KE SINI SAJA

BRO
PAGI INI
LU INGATKAN KEMBALI
KENAPA LU MULAKAN
PEKARA ITU

BRO
FIKIR SEBELUM 
BERCAKAP
MEMBACA
SEBELUM BERFIKIR

BRO
JADIKAN DIRI LU
TUGAS UTAMA
DALAM HIDUP

DENGAR RASA HATI
BUKAN DENGAR
APA ORANG KATA

UNTUK HIDUP
DENGAN IMPIAN
TUMPUKAN
PADA NIAT DAN CITA CITA

TUMPUKAN
LEBIH PADA KEINGINAN
DARI
KESANGSIAN
IMPIAN ITU AKAN SAMPAI

BRO
LU TUMPUKAN PADA
KEUPAYAAN
BUKAN PADA
HAD KEUPAYAAN

SEGALA TENAGA
TUMPUKAN

BRO
HIDUP YANG 
DI LALUI TANPA
DI SELIDIKI
ADALAH HIDUP SIA SIA

BRO
MENGENAL DIRI
ADALAH PEMULAAN
KEBIJAKSANAAN

BRO
SAPA KITA
YANG SEBENARNYA
 DALAM ALAM INI
INILAH 
TERUS MENJADI TEKA TEKI

BRO
JIKA KITA MELIHAT LUARAN
KITA BERMIMPI
KITA LIHAT DALAMAN
KITA SEDAR

BRO
KADANG KALA
MATA DALAM OTAK KITA
MERENUNG KITA KEMBALI

APA YANG NAK KITA
LAKUKAN JADI CERAH
BILA KITA TANYA
HATI KITA

BRO
JANGAN LUPA
TIGA CARA UNTUK JADI BIJAK
PERTAMA: BERFIKIR
INI TERBAIK
KEDUA: MENIRU
INI TERSENAG
KETIGA: PENGALAMAN
INI TERPERIT
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan