Khamis, 25 Mac 2021

BUNUH MADEY ?

 

MANGSA KENA

TIPU OLEH

TOK ARAB

KHALAS 


Ada cubaan bunuh Dr Mahathir, Guan Eng, kata polis

UNIT Cawangan Khas Bahagian Counter Terrorism (E8) menahan seorang lelaki yang mengaku mahu membunuh beberapa pemimpin sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara tahun lalu, kata Azman Omar. 

Penolong pengarah unit itu menjelaskan lelaki berkenaan mengaku merancang serangan secara berseorangan ke atas bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan Lim Guan Eng, bekas peguam negara Tommy Thomas dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa. 

“Individu terbabit mahu menikam mereka dengan pisau dalam serangan secara berseorangan. Kami berjaya menghalangnya melakukan jenayah itu pada Januari 2020 beberapa bulan sebelum negara dikenakan perintah sekatan,” kata Azman pada forum yang diadakan secara dalam talian hari ini. 

Forum berkenaan adalah mengenai radikalisme dan ekstremisme ketika pandemik. 

Azman memberitahu forum berkenaan unit E8 hanya membuat tujuh penahanan pada 2020. 

“Tidak seperti tahun sebelumnya kita membuat lebih 10 serbuan dan tangkapan. Pada 2018, kami menjalankan 109 serbuan dan tangkapan. Bilangannya berbeza.

“Pada tahun 2020, selain lelaki yang mahu melancarkan serangan itu, kita turut menahan lima lelaki kerana menyokong Daesh pada Januari dan pada Ogos kita menahan seorang lelaki di Singapura dengan bantuan polis Singapura,” tambah Azman.

Azman kemudiannya memberitahu forum berkenaan bahawa situasi kini adalah terkawal. 

“Golongan ini menjadi lemah semangat setelah kematian pemimpin Negara Islam Abu Bakar al Baghdadi serta kematian banyak pejuang Malaysia di Syria.”

“Suasana telah reda dan kematian Abu Bakar telah mempengaruhi banyak pihak. Kini ia menjadi punca kekalahan bagi mereka,” kata Azman.

Azman turut memaklumkan forum itu terdapat 56 rakyat Malaysia yang terkandas di Syria.

“19 lelaki, 12 wanita dan 25 kanak-kanak. Lelaki ditempatkan di kem tahanan, wanita di dua kem pelarian bersama kanak-kanak,” katanya. 

Sebelum ini sumber dari unit E8 memberitahu The Malaysian Insight usaha untuk membawa pulang 56 rakyat Malaysia itu menemui jalan buntu. 

“Masalahnya kini adalah mereka yang mengawal kem dan penjara itu tiada hubungan dengan kerajaan Syria dan Malaysia tidak mengenali mereka. Kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan kumpulan berkenaan.

“Jadi usaha untuk membawa pulang rakyat Malaysia menemui jalan buntu namun kami bekerjasama dengan rakan sejawat asing dan kumpulan risikan lain,” menurut sumber. 

Forum itu dianjurkan oleh Institut Kajian Tinggi Islam Antarabangsa (IAIS) Malaysia.

Antara panel yang hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif IAIS Malaysia  Prof Dr. Mohammad Hashim Kamali, Setiausaha  Agung Nahdlatul Ulama Indonesia KH Yahya Cholil Staquf dan ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Ahmad El-Muhammady.– 25 Mac, 2021.


ADA YANG

KENA TIPU

SUKA NENAS

SARAWAK

AMIN

ADA SUKA TUNJUK

KOTE DALAM PONE

AMIN

INILAH CONTOH

KENA TIPU

OLEH TOK ARAB

KHALAS



1 ulasan:

  1. Kah kah kah
    Kah kah kah
    Lawak oh lawak
    Lawak berdiri lawak tertutup
    Lawak kentut kah kah
    Masih wayang tinggi,
    Sapa sapa sapa,
    Terror mana apa.nama
    Elek tarak nama
    Sapatipu mana boleh percaya
    Kah kah lawak
    Jangan tipu tipu lah
    Lawak lawak
    Sapa nak atuk mati
    Kah kah

    BalasPadam