ADAKAH INI
CONTOH
YG DILAPOR
OLEH
HAMID BADOR
AMIN
SULTAN MANA
BERI CHINA INI
DATUK SERI?
AMIN
Datuk Seri’ dikesan bantu siasatan jenayah komersial, pengubahan wang haram
JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang mengesan seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ bagi membantu siasatan kes jenayah komersial dan pengubahan wang haram.
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata lelaki dikenali sebagai Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33, yang beralamat terakhir di Trigon Residence, Puchong, Selangor itu dipercayai masih berada di negeri tersebut.
“Lelaki ini yang merupakan pengasas Winner Dynasty Group dikehendaki untuk siasatan mengikut Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu itu diminta menghubungi ASP V. Prakash menerusi talian 012-5209767 atau balai polis berhampiran.- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan