KATA KATA
SAIFUDIN INI
BERTUJUAN
UNTUK BUKTIKAN
PADA AHLI DAP
AHLI AMANAH
BAHAWA
PEMIMPIN MEREKA
MAT SABU
DAN GUAN ENG
AMAT BODOH
KAH KAH KAH
Tanpa Pejuang dan sekutu, PH sudah ada lebih majoriti mudah
Pakatan Harapan (PH) mampu membentuk kerajaan baharu kerana sudah mempunyai sokongan majoriti mudah Ahli Parlimen.
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, sokongan mencukupi itu diperoleh tanpa sokongan Ahli Parlimen Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).
“Dalam jumlah yang melebihi majoriti mudah itu tidak termasuk empat dari Pejuang dan Ahli Parlimen dari Warisan dan seorang Muda. Semuanya 12 (kerusi Parlimen).
“Pejuang, Warisan dan Muda tidak menyokong Muhyiddin dan Anwar sebagai Perdana Menteri. Jadi, mereka satu blok (pembangkang).
“Sampai sekarang mereka tidak beri sokongan untuk Anwar menjadi Perdana Menteri. Mereka tidak beri sokongan pun, kami sudah melebihi majoriti mudah,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu itu berkata demikian dalam forum menerusi Facebook bersama bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin.
Saifuddin menegaskan Muhyiddin Yassin sebenarnya sudah hilang sokongan majoriti sebagai Perdana Menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan