PELACUR HIJAU
WAJIB CARI
KATIL BARU
KAH KAH KAH
Tiada kerjasama dengan PAS di pantai timur, kata pemimpin Umno
UMNO Kelantan dan Terengganu tidak akan sesekali beralah kepada PAS dalam pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, kata sumber.
Menurut pemimpin Umno dari dua negeri berkenaan, mereka tidak akan berganjak dengan pendirian itu walaupun menerima arahan bertentangan dengan pucuk pimpinan Umno Pusat.
“Kami tidak akan berkongsi dengan mereka kerana kedua-dua parti kuat di Kelantan dan Terengganu—walaupun ada arahan lain daripada ibu pejabat”, kata salah seorang daripadanya.
Pemimpin Umno itu menjelaskan, walaupun Umno dan PAS membentuk Muafakat Nasional (MN), kerjasama itu hanya melibatkan program tertentu.
“Tiada perjanjian mengenai pembahagian kerusi bila tiba pilihan raya umum,” katanya lagi.
Pendirian itu dinyatakannya selepas pemimpin PAS dan Bersatu meminta Umno berunding berkenaan kedudukan kerusi yang kini diwakili mereka.
Pengarah Pilihan Raya PN Mohamed Azmin Ali pada Sabtu menggesa Umno berunding berkenaan kedudukan 15 kerusi diwakili bekas ahli Parlimen parti itu, yang kini menyertai Bersatu.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man juga menyeru Umno agar berbaik dengan Bersatu.
Ia ekoran pendirian tegas dinyatakan pemimpin Umno selepas parti itu mengumumkan memutuskan hubungan kerjasama politik mereka dengan Bersatu dalam PRU15.
Pemimpin veteran seperti Tajuddin Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah, dan Ahmad Puad Zarkashi mula mempersoalkan hubungan kedua-dua parti komponen PN itu.
Satu lagi sumber dalam Umno juga berkeras untuk tidak beralah kepada PAS dan berpendapat piagam MN yang dimeterai pada 2019 hanya merugikan parti itu.
“Di atas kertas, PAS dan Umno dalam satu pasukan tapi dari segi perkongsian sangat sedikit berlaku antara kami.
“Contohnya di Kelantan dan Terengganu, walaupun kita minta dimasukkan ke dalam pentadbiran kerajaan negeri, tiada lantikan daripada wakil rakyat Umno yang dibuat,” katanya yang enggan dinamakan.
Majoriti mutlak
Kedua-dua negeri Kelantan dan Terengganu dikuasai sepenuhnya oleh PAS tanpa sebarang wakil pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Di 45 kerusi DUN Kelantan, kerajaan dikuasai PAS dengan 37 kerusi, diikuti Umno 7, dan Bersatu 1 kerusi.
Kedua-dua negeri itu hanya ditadbir wakil rakyat PAS walaupun kerajaan pusat dipimpin oleh PN dan Barisan Nasional (BN) bersama gabungan parti kecil seperti Star dan GPS,
Menteri besar dan barisan exco kedua-dua negeri juga hanya dilantik daripada kalangan Adun PAS.
Di Kelantan, Yang di-Pertua DUN Abdullah Ya’kub dan timbalannya Abdul Fattah Mahmood yang merupakan Adun Bukit Panau masing-masing dari kalangan pemimpin PAS
Keadaan sama berlaku di Terengganu. Kesemua jawatan menteri besar dan 10 exco diisi pemimpin PAS. Parti Islam itu menguasai 22 kerusi DUN berbanding 10 yang dimenangi Umno.
Bekas exco PAS sejak 1999 hingga 2003 Yahaya Ali juga dilantik menjadi Yang di-Pertua DUN selepas parti itu berjaya menguasai Terengganu pada 2018..
Walaupun tiada pembangkang di dalam DUN, ketua Umno Terengganu yang juga bekas menteri besar Ahmad Said dilantik sebagai ketua pembangkang. – 21 Mac, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan