Selasa, 30 Mac 2021

LAGI BUKTI TEORI MASUK PENJARA

 



NAJIB JADI

SEORANG 

DEMOKRAT

AMIN

INI BUKTI

TEORI 

MASUK PENJARA

KHALAS



Najib syak kerajaan punca beberapa pemimpin tarik diri dari forum

NAJIB Razak mempersoalkan sama ada Putrajaya mengarahkan pegawai kerajaan dan ahli politiknya untuk tidak mengambil bahagian dalam Forum Demokrasi Malaysia yang akan dihadiri bekas perdana menteri itu petang ini.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata bahawa ramai speaker yang sebelum ini bersetuju untuk mengambil bahagian dalam forum tersebut telah menarik diri pada saat akhir.

“Sebelum pihak sebelah sana menjadikannya sebagai propaganda bahawa Najib bersuhabat dengan PH sebab ketua pembangkang Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin PH juga hadir, saya nak beritahu bahawa beberapa pemimpin-pemimpin Bersatu termasuk speaker Dewan Negara Rais Yatim dan menteri kerajaan telah menarik diri pada saat-saat akhir.,” tulisnya di Facebook hari ini.

Katanya, speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun juga menarik diri dari forum tersebut.

“Masa saya setuju, Rais Yatim dijadualkan untuk memberi ucapan pembukaan forum yang dikatakan adalah forum tidak partisan.

“Entah kenapa mereka tarik diri pada saat-saat terakhir. Mungkin ada arahan dari kerajaan kot,” katanya.

Forum Demokrasi Malaysia yang diadakan di Hotel InterContinental di Kuala Lumpur hari ini menampilkan barisan pemimpin dari kedua-dua belah pihak yang berpecah.

Antara barisan pemimpin PH ialah Anwar, Teresa Kok dan Khalid Samad.

Selain Najib, bekas rakan sekerja kabinetnya seperti bekas menteri luar negeri, Anifah Aman dan bekas menteri kesihatan S Subramaniam juga merupakan sebahagian daripada barisan pemimpin berkenaan.

Sementara itu Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Shahril Hamdan dari Umno juga dijadual nenjadi sebahagian daripada forum berkenaan.

Forum mengenai demokrasi berparlimen dianjurkan oleh Institusi Strategi Antarabangsa dan disokong oleh Parlimen Malaysia. – 30 Mac, 2021.

TANGKAP

DAN 

MASUKKAN

LAGI RAMAI

AHLI POLITIK

KE DALAM PENJARA

AMIN

MEREKA AKAN

JADI BIJAK

JUJUR DAN

DEMOKRATIK

KHALAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan