RAHSIA TERBUKA
AMIN
MUHYIDIN AMBIL
LANGKAH BIJAK
AMIN
JANJI PRU15
TAPI BUAT
DARURAT
AMIN
Umno ada hak tolak Bersatu,
kata ahli Pemuda
UMNO tidak boleh bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum akan datang kerana agenda utama Bersatu adalah untuk menggantikan Barisan Nasional (BN), kata ahli sayap Pemuda dan pemimpin akar umbi.
“Bersatu tak tunaikan janji,” kata Ketua Pemuda Lembah Pantai, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin kepada The Malaysian Insight di luar Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 di PWTC, semalam.
“Mereka berjanji untuk buat pilihan raya umum tapi kemudian umumkan darurat,” kata Muqharabbin.
Beliau turut kesal dengan cara Bersatu merekrut anggota baru.
“Tidak mengapa mereka merekrut ahli daripada PKR atau Amanah tetapi mereka tidak boleh merekrut ahli daripada Umno.
“Mereka usik ketua cabang kami dan juga beberapa akar umbi kami.”
Beliau menegur bagaimana Ahli Majlis tertinggi Bersatu, Mohamed Azmin Ali secara terbuka berkata parti itu ingin menggantikan Umno.
“Kalau begitu, kenapa kita kena sokong Bersatu?” Muqharabbin bertanya.
Beliau yang berusia 39 tahun itu berkata Umno bersedia membantu Bersatu jika parti itu mahu menang kerusi baharu.
“Tetapi bukan dengan mengorbankan Umno atau jika mereka cuba mengambil tempat kita.”
Umno dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) setelah menyokong langkah Bersatu melancarkan rampasan kuasa Parlimen yang menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu.
Bagaimanapun hubungan mengeruh sejak itu, dan Umno pada PAU yang berakhir hari ini masih belum memutuskan sama ada akan menyokong kedudukan kepemimpinannya dalam memutuskan hubungan dengan Bersatu dan PN untuk PRU15.
Seorang lagi ahli Pemuda Mohd Shafiq Fhadly Mahmud berkata beliau juga bersetuju dengan keputusan untuk berpisah dengan Bersatu pada pilihan raya akan datang.
“Walaupun kita telah bekerja dengan Bersatu selama setahun sekarang, tiada keikhlasan dalam hubungan dan ada banyak kejadian yang membuat anggota kami kecewa,” kata jurutera itu.
Shafiq mendakwa Bersatu menggunakan wang untuk “membeli” ahli Umno bagi bersaing dengan Umno di beberapa kawasan.
“Hubungan kami dengan Bersatu berbeza dengan PAS kerana kerjasama itu daripada peringkat akar umbi.
“Di antara Umno dan PAS, ada banyak sokongan dan akan mudah bagi parti untuk bekerjasama. Tetapi ada terlalu banyak konflik dengan Bersatu.”
Ketua Pemuda Lumut Mohd Rafiq Mohd berkata beliau pernah mahu terus bekerjasama dengan parti yang mahu menggantikan Umno.
“Contohnya, pilih kawasan pilihan raya saya. Mereka mahu meletakkan calon bertanding di sana sedangkan itu adalah kerusi Umno.
“Perkara yang membimbangkan saya adalah jika ada perseteruan tiga penjuru antara PN, Umno dan PH.
“Jika Umno atau parti Melayu yang lain kalah, ini akan menguntungkan pihak ketiga. Oleh itu, kami berasa Umno perlu cuba ajak PAS tinggalkan PN.”
Selain keputusan untuk menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu pada PRU15, PAU juga diharapkan dapat membincangkan masa depannya dengan PAS dan parti lain menjelang pilihan raya akan datang. – 28 Mac, 2021.
Aku dah lama syak. TT ni macai Azmin, macai Bersatu. Kah kah kah Abahkau bagi berapo? Azmin bagi jubur ke x? Kah kah kah
BalasPadamTT dah lamo syak ko tu simpati ket Abah Malikul ko itu. Tu sobab ko hamtam Pak Sheikh tu tak abih-abih. Kang lobih baik gi ajak Rafizi dan Nurulizah buek parti baru, tontu ramai menyokong dan monang PRU15
BalasPadamMana pergi gerakan Asal Bikan Umno (ABU) siapa kepala ABU dulu dah senyap.
BalasPadam