Jumaat, 26 Mac 2021

NAJIB BERCAKAP BENAR

 

INI LAH BUKTI

KUASA PENJARA

AMIN

NAJIB BELUM

MASUK PENJARA

LAGI DAH PANDAI

BERCAKAP BENAR

AMIN

BUAT KENYATAN

SOKONG RAKYAT

AMIN

HEBAT KUASA

PENJARA

KHALAS 


Anak muda

 tak akan lupa 

Putrajaya tangguh

 Undi18, kata Najib

ANAK muda tidak akan mudah lupa tindakan Putrajaya tangguh pelaksanaan Undi18 ke tahun depan, kata Najib Razak.

Tidak munasabah jika kerajaan memerlukan tempoh lebih tiga tahun untuk melaksanakannya, tambah bekas perdana menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Kecewa bahawa janji yang diberi dalam Parlimen tidak ditepati sebab ianya tak logik untuk kerajaan memerlukan tempoh sepanjang lebih tiga tahun untuk melaksanakan Undi18.

“Saya percaya orang muda tidak akan mudah lupa kemungkiran janji ini.

“Saya pernah jangka kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan kurang ingin laksanakannya - seperti apa yang saya tulis pada awal bulan,” tulis Najib di Facebook.

Ahli Parlimen Pekan itu merujuk kenyataannya pada 11 Mac, yang menyebut kerajaan PN tidak mahu melaksanakan Undi18 kerana percaya majoriti anak muda marah dengan kerajaan ketika ini.

Najib juga berkata keengganan kerajaan meluluskan Undi18 bermaksud penghinaan paling besar terhadap Parlimen dan proses demokrasi.

Usul Undi18 diluluskan sebulat suara di Parlimen pada Julai 2019.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam berkata pelaksanaan Undi18 akan ditangguhkan sehingga 1 September tahun depan.

Pengumuman itu berbeza dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan sebelum ini bahawa pelaksanaan usia kelayakan mengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik dijangka dapat dilaksanakan selewat-lewatnya Julai tahun ini.

Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh dalam satu kenyataan semalam berkata pelaksanaan Undi18 terjejas akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

Sementara itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Undi 18, yang menyokong penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun, mendesak supaya warga Malaysia berusia 18 hingga 20 tahun diberi hak mengundi dengan serta-merta.

“Pihak SPR juga ada menyatakan bahawa jumlah warganegara Malaysia berumur 18 hingga 20 tahun hanya seramai 1.2 juta orang, berbanding 4.4 juta yang berumur 21 tahun ke atas.

“Kami berpendapat kenyataan SPR seakan-akan memberi persepsi bahawa hak untuk mengundi bagi mereka yang berusia bawah 21 tahun tidak bernilai,” kata pengasas bersamanya Qyira Yusri dan Tharma Pillai dalma kenyataan semalam.

Tambah mereka, setiap undi amat bermakna kepada demokrasi negara.

“Penangguhan hak ini hanya akan menjejaskan semangat anak muda untuk terus membabitkan diri dalam pemulihan sistem demokrasi Malaysia.”  – 26 Mac, 2021.


TERBUKTI PENJARA SEBAGAI  CARA UNTUK MENGUBAH

PEWRANGAI

AMIN

NAJIB DULU

MENIPU BOHONG

MENYAMNUN

MENCURI KINI

JADI BAIK

AMIN

INI BARU NAK

DIMASUKKAN

AMIN

BILA DAH MASUK

SUNGAU BULUH

NAJIB JADI SUCI 

WARAK BOLEH

JADI  IMAM

BACA KUTI BAH

 MACAM ANWAR

KHALAS



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan