Khamis, 18 Mac 2021

NAJIB BOGELKAN ANWAR

 


CILAKAK

 NAJIB 

BOGELKAN 

TAKTIK ANWAR

KAH KAH KAH

SEMUA NAK TAHU

ANWAR NI RUNDING

DENGAN SAPA?

KAH KAH KAH

DENGAN BIK MAMA?

KAH KAH KAH



Kerjasama Umno dengan PKR, DAP propaganda Perikatan, kata Najib

DESAS-DESUS kerjasama Umno dengan PKR dan DAP adalah propaganda kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata bekas presiden Umno Najib Razak.

Propaganda itu bagaimanapun, katanya, “mengarut”.

Najib berkata propaganda itu cuba menggambarkan beliau dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang kini sedang dibicarakan di mahkamah, sedang terdesak dan sanggup berbuat apa saja untuk menyelamatkan diri.

“Secara peribadi, saya tidak pernah minta untuk kes-kes saya digugurkan begitu sahaja sebab jika digugurkan seperti kes (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng dulu, saya akan dinafikan peluang untuk membersihkan nama saya dengan sepenuhnya dan akan perlu menghadapi propaganda pihak lawan ini buat selama-lamanya.

“Tapi Jkom (Jabatan Komunikasi Komuniti) terpaksa berulang kali memainkan propaganda-propanda seperti ini melalui media sosial dan media-media dikawal kerajaan,” katanya dalam satu tulisan di Facebook.

Tulisan itu mengiringi sebuah video menggunakan imej Guan Eng yang diubahsuai kumat-kamit menyanyi lagu rasmi Umno Bersatu, Bersetia, Berkhidmat, dengan latar belakang lambang Umno dan DAP.

JKom ialah agensi kerajaan yang dibentuk untuk menggantikan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), yang sebelum ini menjadi alat propaganda kerajaan semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Najib mendakwa Jkom menyebarkan propaganda kononnya beliau dan Zahid terdesak menolak penyatuan ummah dengan Bersatu sebalik sedia bekerjasama dengan PKR dan DAP untuk melepaskan diri daripada kes di mahkamah.

Propaganda itu “mengarut”, kata Najib, kerana bukan hanya mereka berdua sahaja yang menolak kerjasama Umno dengan Bersatu tetapi ia adalah pendirian sama beberapa pemimpin kanan parti termasuk hampir semua bahagian Umno.

Keduanya, kata Najib, untuk lepas kes mahkamah adalah lebih mudah dengan menerima kerajaan PN, dan bukannya melawan kerajaan.

Beliau lalu menyindir beberapa orang pemimpin dalam kerajaan PN, termasuk Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali yang pernah dikaitkan dengan rakaman video seks melibatkan seorang lelaki.

Najib juga mendakwa sekurang-kurangnya dua bekas pemimpin Umno, iaitu Mustapa Mohamed dan Mas Ermieyati Samsudin, tidak didakwa menerima dana daripadanya selepas mereka keluar parti dan menyertai Bersatu.

Menurut Najib, Majlis Kerja Tertinggi Umno sudah membuat keputusan tidak akan bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam pilihan raya umum akan datang.

“Pendirian ini bakal diulangkan oleh perwakilan serta ketua-ketua bahagian Umno dalam Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung pada akhir bulan ini.

“Jika nak kerjasama dengan PKR atau DAP pun, kita perlu persetujuan bahagian-bahagian Umno dan akar umbi Umno,” katanya.

Umno dijadual mengadakan perhimpunan agung tahunan bagi tahun 2020 pada 27 dan 28 Mac ini.

Najib membuat kenyataannya hari ini menjelang sidang media Presiden PKR Anwar Ibrahim pada petang ini, yang dijangka akan menyentuh soal kerjasama partinya dengan Umno.

Anwar dalam wawancara yang disiar di Mingguan Malaysia pada Ahad lalu mengesahkan ada perbincangan tidak rasmi antara pemimpin PKR dan Umno.

“Ia hanya perbincangan awal. Tapi dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan?

“Ia satu yang positif. Sebab kita lebih faham (Umno) dan mereka lebih faham kita,” katanya. – 16 Mac, 2021. 

SAPA PUTAR 

SAPA

KAH KAH KAH

NAJIB PUTAR 

 ANWAR

KAH KAH KAH

ANWAR PUTAR 

SAIFUDIN

KAH KAH KAH

SAIFUDIN PUTAR 

YB PKR

 KAH KAH KAH

 XAVIER CABUT LARI

KAH KAH KAH

LARRY LARY LARI

KAH KAH KAH

SAMSUL 

TUNGGU DUIT

KAH KAH KAH




Tiada ulasan:

Catat Ulasan