PEMIMPIN
PAKATAN HARAPAN
TAK SOKONG
ANWAR
AMIN
PKR AKAN BERSAMA
KLEPTOKRAT
TANPA PAKATAN
KHALAS
Tidak perlu kerjasama dengan kleptokrat, kata 5 ahli Parlimen kepada Anwar
LIMA ahli Parlimen pembangkang menggesa Anwar Ibrahim supaya tidak menjalin kerjasama dengan kleptokrat, selepas presiden PKR mengesahkan ada rundingan peringkat awal dengan pemimpin Umno untuk kerjasama politik.
Mereka sebaliknya menggesa Anwar, yang juga ketua pembangkang, supaya mengukuhkan blok besar pembangkang untuk menghadapi kesan kegagalan pentadbiran Perikatan Nasional.
Kata mereka, blok pembangkang perlu mengukuhkan kerjasama dan kesepakatan sesama parti dan ahli Parlimen bagi membawa satu agenda bersama untuk memulihkan Malaysia, yang terjejas akibat krisis politik dan kesan pandemik Covid-19.
“Kami menyeru agar Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengukuhkan blok besar pembangkang dan menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat.
“Sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak perlu dibina berdasarkan asas ini.
“Kita perlu menggembleng usaha dan menumpukan kekuatan bersama sebagai satu suara untuk mengangkat agenda rakyat demi kelangsungan hidup semua,” kata mereka dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Kenyataan dikeluarkan bersama oleh pemimpin dari lima parti yang membentuk blok besar pembangkang iaitu Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub; Ketua Pemuda Warisan Mohd Azis Jamman; Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong; pengasas Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Baru Bian dari Parti Sarawak Bersatu (PSB).
Kenyataan ini mengulangi nada kenyataan bersama Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Disember 2020 yang mahu Pakatan Harapan membuat anjakan politik untuk menyatukan seluruh blok pembangkang.
Kecuali Liew yang merupakan senator, empat yang lain adalah anggota Dewan Rakyat.
Menurut mereka, Malaysia perlukan sebuah blok pembangkang yang kuat untuk menghadapi “kecelaruan pentadbiran dan pengurusan ekonomi” negara di tengah pandemik Covid-19 yang berpanjangan.
“Sepanjang negara melalui krisis tiga serangkai – ekonomi, kesihatan dan politik - kepimpinan Perikatan Nasional tidak menonjolkan arah tuju dan rancangan yang jelas.
“Kelompongan ini perlu dimanfaatkan oleh blok pembangkang dengan mengetengahkan satu gagasan bersama berlandaskan agenda peduli rakyat,” kata mereka.
Semalam, Anwar sekali lagi mengesahkan ada perbincangan antara PKR dan Umno mengenai kemungkinan kerjasama politik.
Beliau bagaimanapun menjelaskan perbincangan itu masih pada peringkat awal dan membabitkan sokongan beberapa ahli Parlimen Umno untuk bekerjasama secara individu.
Perbincangan itu berlangsung ketika keabsahan majoriti Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat terus jadi pertikaian.
Semalam, Anwar juga menggesa media untuk mempersoalkan sokongan majoriti yang ada pada Muhyiddin daripada bertanya kepadanya tentang sokongan yang ada beliau ada untuk menjatuhkan kerajaan. – 17 Mac, 2021.
Kenapa bukan Guan Eng dan mat Sabu yang cakap? Anwar masih ada nombor ke?
BalasPadam