SALUT
HAMID BADOR
AMIN
TAK MAHU JADI
POLIS PENCEN
AMIN
SEKARANG ADA
KUASA SEKARANG
BUKA CERITA
KHALAS
DAH JADI POLIS
PENCEN TAK ADA
GUNA LAGI
AMIN
POLIS PENCEN
CAKAP BANYAK
MASA ADA KUASA
SENYAP MENIKUS
AMIN
HAMID BADOR
BAWA BUDAYA
BARU DALAM PDRM
KHALAS
KPN mahu Kartel PDRM bermuhasabah, dedah untuk pengetahuan menteri
SHAH ALAM – Ketua Polis Negara mahu segelintir pegawai yang terbabit dalam kartel mahu menjatuhkannya supaya bermuhasabah atau membuktikannya salah laku mereka bukan satu kesalahan.
Abdul Hamid Bador berkata, tindakannya mendedahkan budaya kutip duit dan ugutan oleh pegawai dan anggota kartel Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bertujuan menghapuskan budaya perosak dan mahu menjamin perkhidmatan polis berintegriti di negara ini.
Beliau tidak akan berkompromi dengan budaya kartel PDRM yang dianggapnya mahu menghancurkan institusi kepolisan dan mahu mengelak budaya Blue Code of Silent seperti di Amerika Syarikat dengan menutup kesalahan sesama pegawai polis.
“Kartel PDRM ini bukan dalam bentuk kartel Columbia atau Mexico yang dimaksudkan tapi dalam bentuk kumpulan pegawai yang masih tak insaf masih berpikiran takuk lama, cuba nak perkasakan diri dengan pasukan dia membuat perancangan perjumpaan sesama mereka tetapi mengabaikan tugas hakiki sibuk ulang alik sana sini.
“Saya bimbang jika pegawai kartel ini dibiarkan tanpa tindakan, satu hari nanti apabila dia memimpin pasukan akan gunakan apa jua kuasa dan selera sendiri uruskan pasukan.
“Walaupun terdapat 10 jabatan tertinggi Bukit Aman, semuanya berkerja sebagai satu pasukan tunggal dan tiada ‘team saya orang IGP’ atau saya orang pengarah dan sebagainya.
“Kita ada tanggungjawab sebagai ketua, sekiranya saya gagal laksanakan tugas maka saya tanggung dosa membiarkan perkara budaya tak baik mengenakan orang ugut sana sini berlaku,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hamid berkata, rakyat berhak mendapat khidmat yang adil, telus dan mesra dan tidak mahu berdepan situasi PDRM digunakan untuk mengugut orang yang tampil mendapatkan penjelasan dan menghukum mereka sewenang-wenangnya.
Malah tambah beliau, PDRM bukan milik beliau sebaliknya kepunyaan negara dan sebagai ketua, beliau bertanggungjawab meyakinkan kerajaan dengan kepimpinan polis ke arah jalan yang benar.
Justeru katanya, budaya jijik pegawai bawah hingga tertinggi dalam PDRM yang mengambil duit dengan alasan diarahkan olehnya adalah perbuatan yang perlu dihapuskan segera.
“Maka saya cabar mereka (kartel PDRM) apa salah saya dengan niat mahu hapuskan budaya-budaya yang mencemarkan imej kepolisan ini sehingga saya dituduh gunakan alasan ini untuk memanjangkan hayat jawatan menyebabkan saya hairan ada sahaja suara sumbang sebegini.
“Saya sudah berusia 63 tahun dan kalau dah hilang baju biru ini sesiapa pun tak kenang kami dan no use tepuk meja cakap kuat-kuat saya bekas IGP.
“Saya minta mereka yang bersara dan masih mengkritik saya supaya muhasabahlah diri masing-masing…yang masih menggunakan kedudukan dan kuasa sebagai pegawai dulu, nak minta itu dan ini dari pegawai dan apabila tidak dilayan kecewa dan mula cari salah sana sini,” katanya.
Ditanya sama ada isu Kartel PDRM dirujuk kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP), beliau bagaimanapun menjelaskan ia masih terkawal dan boleh dicegah dalam peringkat dalaman.
Pendedahan yang dilakukannya hanya untuk makluman menteri sahaja.
Justeru beliau akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin dalam masa terdekat untuk membincangkan tindakan ke atas pegawai Kartel PDRM dan kini menunggu menteri pulang dari lawatan kerja di Sabah.-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan