INI SATU
LAGI BUKTI
TEORI PENJARA
AMIN
NAJIB JADI BIJAK
DEMOKRATIK
DAN PRO RAKYAT
AMIN
Undi 18: Tak boleh menidakkan kuasa Parlimen, kata Najib
KUALA LUMPUR – Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pelaksanaan pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dilihat tidak menghormati Parlimen.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu sepatutnya dihormati kerana ia telah mendapat sokongan 211 daripada 222 ahli Parlimen.
“Itu merupakan ketetapan Parlimen, pada prinsipnya mana-mana yang telah diluluskan oleh Parlimen lebih-lebih lagi atas sebulat suara patut dihormati dan dilaksanakan.
“Keputusan Parlimen dibuat berdasarkan kepada persetujuan semua parti, masa itu Pakatan Harapan (PH) berkuasa, Barisan Nasional (BN) pun bersetuju masa itu.
“Bila kita bersetuju atas sebulat suara, maknanya kuasa mutlak adalah Parlimen dan tak boleh kita menidakkan kuasa Parlimen,” katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Undi 18 ketika ini Masih perlu banyak kajian...
BalasPadamPd umur 18 Masih belum matang fikiran ....otak Masih sembab ...
Cuba tgok negara negara maju lain dulu...
Ada kah umur 18 Sudah dibenarkan mengundi..