SOMBRERO
Wahai Para
Pembacha Tukartiub
Yang Budiman
Sekiranya sesorang itu memakai topi Mexico yang terlalu besar bagi kepalanya, maka keselurohan kepala nya akan jerlus kedalam topi atau *sombrero* tersebut. Dia tidak dapat melihat atau mendengar persekitarannya.
Begitulah seseorang yang diberi jawatan yang terlalu besar umpamanya menteri atau ketua sesebuah jabatan yang diluar keupayaannya. Dia akan mula berkelakuan dan berchakapan bodoh. Tidak ketahuan hala.
Namun kerana orang Melayu dulu2 tak kenal akan Topi Mexico atau Montoya, kelakuan seseorang yang dapat jawatan atau kerajaan yang di luar kemampuan akal dan tahap amanahnya disebut bukan sombrero tapi *sembrono*.
Bukan berperangai chara Abah tapi gegabah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan