WOIT
HENTIKAN KERJA
TANGKAP TANGKAP
GUNA POLIS
GUNA PENJARA
AMIN
SEMUA SENANG
BERES
AMIN
TAK PERLU
TUDUH INI ITU
AMIN
BRSATU BUKAN
KUMPULAN SAMSENG
BAWAH TANAH
AMIN
BERSATU
PARTI POLITIK
AMIN
Sebaran intipati
mesyuarat MPT
Bersatu palsu,
kata Hamzah Zainudin
BERSATU hari ini menyatakan maklumat yang didakwa intipati Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada Khamis, yang tular di aplikasi WhatsApp dan Facebook, adalah palsu.
Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin menegaskan segala maklumat yang terkandung dalam sebaran itu tidak benar dan tidak mempunyai kaitan sama sekali terhadap mana-mana mesyuarat MPT Bersatu.
Susulan itu katanya, Bersatu akan membuat laporan polis terhadap penyebaran berita palsu itu bagi menjejaki dalang di sebalik penyebarannya.
“Bersatu tidak teragak-agak untuk menggunakan semua lunas perundangan yang ada bagi melindungi kepentingan parti serta ahli parti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baru-baru ini, sebaran maklumat yang didakwa berkaitan hasil Mesyuarat MPT Bersatu untuk edaran kepada ketua bahagian parti itu, tular di media sosial.
Pada 4 Mac, MPT Bersatu bermesyuarat di Putrajaya bagi membincangkan mengenai pendirian parti berikutan dua keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang memutuskan tiada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15 dan kebersamaan dalam kerajaan PN boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.– Bernama, 6 Mac, 2021.
Kah..kah..kah..
BalasPadamTukarTiub dah jadi macai Bersatu!
Bersatu kita bersatu, dengan setia berganding bahu..
Tipu terus menipu, kita tipu Melayu..
Kah..kah..kah...
Bila lah yg ori lg ori bukan palsu akan diiktirafkan ori, memang ori, tiada ori melainkan ori? Kalu buat sidang akhbar pun pastu ada yg kata individu yg buat statement tu palsu, bukan ori sebab itu adalah AI. Bila mahu abis daa..
BalasPadam