Ahad, 28 Mac 2021

TOLONG INGATKAN MUHYIDIN DAN ANWAR

 


MUHYIDIN PUN

PUTAR ZAHID 

AMIN

NAMPAKNYA ZAHID

 JADI MANGSA 

KAH KAH KAH



Zahid ingatkan Muhyiddin syarat PRU untuk jadi PM

UMNO mengingatkan Muhyiddin Yassin mengenai syarat menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-15 untuk membolehkan presiden Bersatu itu dilantik menjadi perdana menteri.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam perhimpunan agung parti itu menggesa demikian selepas perdana menteri memberi jaminan pilihan raya diadakan selepas pandemik terkawal.

Jelasnya, Umno sejak awal lagi mahu pilihan raya umum diadakan semula selepas kerajaan kerajaan Pakatan Harapan digulingkan melalui Langkah Sheraton, Februari tahun lalu.

Katanya, Umno pada masa itu menetapkan Parlimen hendaklah dibubarkan pada Januari tahun ini sebagai syarat untuk jawatan perdana menteri diberikan kepada Bersatu.

Bagaimanapun, pilihan raya tersebut masih tidak dijalankan kerana pandemik Covid-19, katanya dalam ucapan dasar presiden di perhimpunan agung Umno.

“Tuntutan Umno sebaik sahaja runtuhnya kerajaan PH, kita mahu PRU diadakan, untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.

“Bagaimanapun kesan penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia menghalang ia dilakukan.

“Sehubungan dengan itu, kita bersetuju jawatan perdana menteri diberikan kepada seorang pemimpin parti yang bilangan ahli Parlimennya paling kecil.

“Dengan syarat, Parlimen hendaklah dibubarkan pada Januari 2021 dan PRU hendaklah diadakan selewat-lewatnya pada suku pertama tahun 2021, atau pada bulan Mac,” katanya.

Perhimpunan Agung Umno 2020 dijangka akan menetapkan keputusan rasmi untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam pilihan raya umum akan datang.

Ia susulan daripada usul diluluskan di persidangan 124 bahagian Umno selain 147 daripada 191 ketua Umno bahagian yang bersetuju menolak kerjasama tersebut.

Keputusan itu diangkat ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 19 Februari lalu yang membuat pendirian sama.

Mengulas perkara itu, Zahid menegaskan Umno tidak berganjak daripada keputusan awal MKT untuk tidak bekerjsama dengan Bersatu, dan juga dengan PKR dan DAP dalam PRU15.

Umno juga tetap dengan pendirian bertanding sendirian dalam PRU15 dengan menggunakan lambang Barisan Nasional (BN), katanya.

Tambah Zahid Umno menolak kerjasama dengan Bersatu kerana parti itu tidak jujur dan mempunyai muslihat politik.

Jelasnya sokongan terhadap pembentukan kerajaan Perikatan Nasional  pada awalnya setelah kegagalan kerajaan PH menjaga rakyat.

“Umno tidak pernah dan tidak akan mendukung gabungan politik dalam Perikatan Nasional.

“Ketetapan ini bukan hanya dari MKT tetapi ia lahir dari suara akar umbi yang tidak senang dengan gelagat politik Bersatu

“Mereka berniat jahat untuk menghapuskan dan menggantikan Umno,” katanya.– 28 Mac, 2021.

MAKIN BERAT

SEMUA KAKI

PUTAR

KAH KAH KAH

YANG JELAS

NO BERSATU

NO DAP

NO ANWAR

KHALAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan