CHINA DAP
CHINA MALAYSIA
BUKAN MUSUH
AMIN
CHINA BAHAYA
IALAH
CHINA MERAH
AMIN
CHINA DAP
TAK SEKSA
PENGANUT ISLAM
AMIN
CHINA MERAH
BUNUH PENGANUT
ISLAM DI TUKISTAN
AMIN
Kembalinya retorik agama, kaum menjelang PRU15
UMNO, PAS dan Bersatu dijangka akan memainkan sentimen kaum dan agama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), selepas setahun isu itu reda sejak Pakatan Harapan (PH) digulingkan oleh Perikatan Nasional (PN) yang majoritinya Melayu.
Retorik Melayu-Islam hampir tidak dapat dielakkan kerana ketiga-tiga parti Melayu itu bersaing untuk mendapatkan segmen pengundi yang sama pada pilihan raya umum yang dijangka sekitar akhir tahun ini, kata penganalisis.
“Lebih-lebih lagi, setelah PAS memutuskan untuk tetap bersama Bersatu dalam gabungan Perikatan Nasional,” kata Prof Dr Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya kepada The Malaysian Insight.
Sebelum pembentukan kerajaan PN tahun lalu, Umno dan PAS memainkan isu perkauman dan agama menentang PH dalam isu-isu seperti ICERD (Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) dan Statut Rom.
Umno juga sering menuduh DAP mempunyai “agenda Kristianisasi” kerana sebilangan ahli parlimennya yang beragama Kristian.
“Oleh kerana Umno, PAS dan Bersatu adalah parti Melayu, semuanya ingin menunjukkan kepada pengundi Melayu mengapa mereka menjadi pelindung kepentingan Melayu dan Islam yang lebih baik,” kata Awang Azman yang mengajar pengajian etika Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan