Rabu, 7 April 2021

BERKHALWAT HARI KE 386

 




KHALWAT KE 386

RABU  7/4/2021

KITA MASUK KE HARI 386
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 85

DUNIA MASIH
DISERANG KOBID

PERANCHIS
SEDANG DISERANG
OLEH OMBAK KE EMPAT 
 KOBID

ANGKA KITA
TIDAK SUSUT
AMIN

PAGI INI GUA  MASUK HOKKIEN
IKUT TREK BUKIT
JALAN BASAH
KERANA HUJAN LEBAT KELMARIN

DARI ATAS BUKIT
GUA LIHAT MAKIN
KURANG 
ANAK CUCU CICIT
DATANG ZIARAH KUBUR
HANYA ADA LIMA ENAM KERETA

DI TEPI BUKIT
HOW WOW MENYAMBUT
BUNYI DEKAT
TAPI TAK NAMPAK

SEKOR HELANG 
BELAYAR RENDAH MENUJU
BANGUNAN 118
YANG MASIH BELUM SIAP

KUALA LUMPUR
KELAM
DILINDUNGI KABUS
AMIN

BRO 
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUM LEBAR
BERTERIMA KASIH
KITA MASIH BOLEH
BERBUAT KEBAJIKKAN

BRO
DALAM SUASANA GELAP INI
KITA SEHAT BERKEMBANG
MENJALAR DAN MEREBAK

KALAU ADA BEBAN DIDADA
MAKA 
KITA SUSAH NAK BERNAFAS

BRO
ADA ORANG AKAN AMBIL
HATI LU
DAN ADA ORANG AKAN
 KEMBALIKAN  HATI ITU

BRO
PERASAAN ITU
HANYA MELAWAT
BIARKAN DIA DATANG
DAN
BIARKAN DIA PERGI 

BRO
KITA INI HASIL
PERBUATAN KITA YANG LALU
TAPI
KITA TAK SAMESTINYA
DIPENJARA OLEHNYA

BRO
BERI SOSOK YANG LU CINTA
KEPAK UNTUK TERBANG
AKAR UNTUK DATANG KEMBALI
DAN
SEBAB UNTUK BERSAMA

BRO
SILAP BESAR
YANG SELALU KITA LAKUKAN
IALAH MEMBENARKAN
SOSOK PALAT
DUDUK DALAM HATI KITA
LAMA SANGAT

HA HA
SETAHUN DARI PAGI INI
LU AKAN SEDAR
PEKARA INI PATUT
TELAH DILAKUAN 
SETAHUN DULU

BRO
GUA MENERUSKAN
HIDUP SAPERTI  INI
KERANA API 
DALAM BADAN GUA
BERCAHAYA MENERANGI 
LEBIH LUAS WILAYAH
DARI
API DISEKELILING GUA

BRO
BILA DIA TANYA BERAPA KALI
GUA  TERINGAT PADA DIA 
GUA JAWAB HANYA SEKALI
KAU SAMPAI
DAN TAK PERNAH PERGI

BRO
HIDUP BERUBAH
KAWAN DATANG
KAWAN PERGI
HIDUP TAK TUNGGU
SESIAPA PUN

KADANG KALA
YANG SUSAH BUKAN NAK
BIARKAN SI DIA ITU BLAH
TAPI
YANG SUSAH NAK MULA
MENCARI YANG BARU
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan