Khamis, 15 April 2021

BERKHALWAT HARI KE 393

 


KHALWAT KE 393

 KHAMIS 15/4/2021
KITA MASUK KE  HARI 393
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 92

PUASA 
HARI KE 3

GAWAT KOBID
BERTERUSAN

GUA BACA INDIA
SEDANG DI SERANG HEBAT
RAKYAT RAMAI
HOSPITAL TAK CUKUP
ADUH !

DI WILAYAH KL
PKPB MASIH BERJALAN
NAMPAKNYA  RAYA TAHUN INI
SAMA MACAM RAYA TAHUN LEPAS

TAPI 
APAKAH DARURAT 
AKAN DISAMBUNG
KALAU ANGKA TERUS NAIK
JENG JENG JENG

PAGI INI
HOKKIEN TAK ADA ORANG
PEKERJA  PUN TAK KELIHATAN
MUNGKIN KERANA 
KENDURI KUBUR DAH BERLANGSUNG

HOKKIEN BASAH DAN SEGAR
TAPI BERKABUS

HA HA HA
MURAI BERSUARA INDAH
SEKUMPULAN GAGAK
TERBANG   DI AWAN
UNGGAS  GEMBIRA
MATA HARI DAH KELUAR

KUALA LUMPUR
DARI JAUH NAMPAK
BERKABUS  JUGA

NAMPAKNYA HUJAN
TIAP PENTANG INI
MENJANJIKAN KABUS PAGI
DAN
BERPUASA SANTAI

SAYANG NYA
BILA HUJAN TURUN
APA JADI PADA 
PAK CIK DAN MAK CIK
BAZAR  RAMADAN

BRO
TERSENYUMLAH
KETIKA KITA BERPUASA

BRO
HORMATI PERASAAN
MEMBER LU
MUNGKIN UNTUK LU
TAK ADA APA APA
TAPI PADA DIA
INI KESELURUHAN HIDUPNYA

TERIMA KASIH
PADA PAGI INI
MUNGKIN LEPAS INI
SELURUH HIDUP KITA
BERUBAH

BRO
WALAU APA PUN
ORANG MENGUTUK LU
JANGAN AMBIL POT
JANGAN RUNTUHKAN
DIRI KE TAHAP MEREKA
TETAP GAGAH BERTENANG
DAN
TERUS BERJALAN

BRO
LEBIH BAIK
BERJALAN SEORANG
DARI BERJALAN RAMAI RAMAI
TAPI
DI JALAN YANG SALAH

KAWAN KITA
YANG TAHU AIR MATA KITA
LEBIH BAIK
DARI KAWAN KITA
YANG FAHAM SENYUMAN KITA

BRO
JANGAN BUANG MASA
BERHUJAH DENGAN
MAMAT YANG PERCAYA
PADA CERITA BOHONG
DIA SENDIRI

BRO
JANGAN  BERLAGAK
KITA DIATAS
ATAU
KITA DI BAWAH
TERUS RENDAH DIRI

BRO
BUKA MULUT JIKA
AYAT YANG KELUAR
LEBIH INDAH
DARI SENYAP

KITA MEMBERI
BUKAN KERANA KITA ADA BANYAK
TAPI
KITA TAHU APA PERASAAN
TIDAK MEMILIKI APA APA

LAKUKAN HARI INI
LAKUAN SEKARANG

SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERKHALWAT


Tiada ulasan:

Catat Ulasan