Ahad, 18 April 2021

BERKHALWAT HARI KE 396


KHALWAT KE 396

AHAD 18/4/2021 
KITA MASUK KE  HARI 396
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 96

PUASA
MASUK HARI KE 6

ANGKA SERANGAN KOBID
MAKIN BAIK
WARGA MAKIN BERPUSU
KE BAZAR RAMADAN

NAK TUTUP
MATA PENCARIAN
NAK BUKA 
MAUT MEMANGGIL

BUAT KEPUTUSAN SENDIRI
JAGA DIRI SENDIRI
DALAM KEADAAN INI
KITA JAGA KITA
DAH TERBARAI
KINI
AKU 
JAGA 
AKU

PAGI INI  HOKKIEN BASAH
CERAH DAN SEGAR
UDARA LEPAS UJAN
MATA HARI DAH KELUAR

AKU DISAMBUT OLEH
HOW WOW DAN TERKUKUR
YANG TAK HENTI HENTI BERLAGU

DILANGIT AWAN PUTIH BERTABURAN
LANGIT BIRU  DISANA SINI
AWAN PUTIH DISANA SINI
KALAU PANAS AWAN PUTIH
BERKUMPUL PASTI HUJAN
PETANG INI

KUALA LUMPUR DIBALUTI
KABUS NIPIS

DI JALAN PULANG
GUA BERHADAPAN
DENGAN AH SENG
SOSOK BERBAJU BIRU

LALU AKU TANYA
KENAPA DATANG SEORANG SAJA
LALU DIA MENERANAGKAN BAHAWA
INI MAKAM EMAK DAN ABAHNYA

ABANG ADIK  SEMUA DAH DATANG
DUA MINNGU DULU
KECUALI ABANGNYA DARI PERAK
YANG LAIN DI KUALA LUMPUR

DIA DATANG HARI INI
UNTUK MENGUTIP KEMBALI
SAMPAH  SAMPAH PLASTIK
COLOK LILIN
KERTAS TERBAKAR
DAN MEMBERSIHKAN
KAWASAN KUBUR
SEKALI LAGI
SEHINGGA TAHUN HADAPAN

 UNTUK AKU
INI TANDA
HOKKIEN KEMBALI KOSONG
AMIN

BRO
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUM
SENYUMLAH SEKARANG

BRO
MARAH ITU
IALAH  BILA MULUT KITA
BERTINDAK LEBIH CEPAT
DARI FIKIRAN KITA

SUASANA TAK  MOLEK
BUKAN ALASAN  
UNTUK BERCAKAP KASAR
SUASANA INI AKAN BERLALU
KATA KATA KASAR
AKAN TINGGAL MELEKAT

BRO
JUJUR
ADALAH KUNCI
UNTUK PERSAHABATAN SETIA

BAHAGIA DATANG
BILA KITA TIDAK LAGI
MEMBANDINGKAN DIRI KITA
DENGAN ORANG LAIN

BRO
JIKA LU BOLEH KUASA DIRI
LU BOLEH
KUASAI APA SAJA

KEJUJURAN
IALAH HADIAH YANG PALING MAHAL
JANGAN HARAPKAN
IANYA
DATANG DARI MAT BARAL

GUA SUKA
KENA PELEMPANG OLEH
KEBENARAN
DARI DI CIUM
OLEH 
TIPU HELAH

BRO
TEKUN
LU AKAN BERJAYA
IANYA LAMBAT
TAPI
TERJAMIN

BRO
KALAU LU SENYUM
DALAM KESUSAHAN
ORANG AKAN HAIRAN
MELIHAT KEGAGAHAN LU

SOSOK YANG GAGAH
IALAH SOSOK
YANG AKAN MEMBANTU
ORANG LAIN
WALAU PUN DIRINYA
DALAM KESUSAHAN


BRO 
SESEKALI
DULUKAN  DIRI LU
BUKAN PENTINGKAN DIRI
TAPI
PERLU DI LAKUKAN
SESEKALI 
AMIN

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERKHALWAT



Tiada ulasan:

Catat Ulasan