Isnin, 19 April 2021

BERKHALWAT HARI KE 397

 


KHALWAT KE 397

 

SENIN 19/4/2021
KITA MASUK KE HARI 397
BERKHALWAT

DARURAT 
HARI KE 96

PUASA MASUK
KE HARI TUJUH

ANGKA KOBID
NAIK

SAENTORO ALAM
MAT KOBID
TELAH MENEWASKAN
LEBIH DARI 3 JUTA NYAWA
AMIN

PAGI INI DI HOKKIEN CERAH
MATA HARI DAH KELUAR
GUA TERASA PANAHAN ENAK
DI PIPI GUA

TERIMA KASIH 
MATAHARI 
PAGI PAGI LU CIUM GUA

KUALA LUMPUR BERKABUS NIPIS
HOKKIEN MASIH BASAH
WALAU PUN KELAMRIN
TAK HUJAN
MASIH ADA LOPAK LOPAK AIR
DI JALAN YANG BELUM KERING

KELUARGA
TAK  KELIHATAN
MOTORSIKAL DAN KERETA
PEKERJA KUBUR
LALU LALANG
AGAK SIBUK
SEMUA MEMBERSIHKAN
KUBUR
ATAU MEMBAIKI KUBUR LAMA
INI SATELAH KELUARGA
DATANG MELAWAT

ADUH
GUA TERNAMPAK
POKOK TEMPUA
RUMAH MERAKA TAK ADA LAGI

GUA HAMPIRI DAN AMATI
DI BAWAH POKOK
SAHIH
ANGIN RIBUT
TELAH MENJATUHKAN
DUA BUTIR 
RUMAH TEMPUA
AMIN

BRO 
PAGI INI
JANGAN  LUPA
UNTUK TERSENYUM

BRO
YANG LALU
BIARKAN YANG BERLALU
KITA BUAT YANG BARU


BRO
JANGAN BERDENDAM
BIARKAN KARMA
BERJALAN

BRO
JANGAN BERHENTI BELAJAR
KERANA
KEHIDUPAN TERUS MENGAJAR

JANGAN CARI
SUASANA TEGANG
CARI YANG SANTAI MANTAI

KALAU DIA DATANG
BIARKAN
KALAU DIA PERGI
BIARKAN
BARULAH KITA TENANG

BRO
SEBELUM LU
CAKAP BENDA ITU
PADA ORANG LAIN
LU PIKIRKAN
APA RASA KALAU
ORANG LAIN CAKAP
BENDA ITU PADA LU

JANGAN BUANG MASA
NAK TUNJUK ACT
PADA ORANG LAIN

JANGAN SUKA
MENILAI ORANG
DIRI KITA PUN
BUKAN SEMPURNA

BRO
LU JANGAN PERCAYA 
PADA NASIB BAIK
PERCAYA PADA 
KERJA DAN USAHA

BRO
JIKA KITA UBAH
PEMIKIRAN KITA
MACAM MACAM  KITA BOLIH
UBAH

HARAPAN
SATU SATUNYA
PEKARA YANG LEBIH  GAGAH
DARI
KETAKUTAN

BRO
SEMUA INI SEMENTARA
JANGAN GILA SANGAT
NAK TERIKAT DENGAN NYA

BRO
JANGAN PERCAYA
PADA KATA KATA
PERCAYA
PADA KATA KATA
YANG TELAH DI KOTAKAN
AMIN

SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan