Rabu, 28 April 2021

BERKHALWAT HARI KE 406

 



KHALWAT KE 406


RABU  28/4/2021
KITA MASUK KE HARI 406
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 105

PUASA
HARI KE 16

GAWAT KOBID
BERTERUSAN

ARAHAN PKPP 
DAH SAMPAI

RAYA TAK DIBENARKAN
LINTAS NEGERI
ERTINYA
TAK ADA BALIK KAMPUNG
AMIN

PAGI INI
HOKKIEN BASAH
MATA HARI DAH KELUAR
KUALA LUMPUR BERKABUS
AGAK TEBAL
DARI BIASA

HOKKIEN JUGA
BERKABUS
INI KERANA UJAN
PETANG KELMARIN

GUA DISAMBUT
OLEH
KUR KUR KUR
YANG LAIN TAK DENGAR SUARA

BRO
MARI KITA SENYUM
MARI KITA MULAI
PAGI INI
DENGAN SENYUMAN

BRO
YAKINLAH
BILA SATU ILANG LESAP
SATU YANG 
LEBIH BAIK AKAN SAMPAI

BRO
BERGUMBIRALAH
BUKAN SEMUA BAGUS
TAPI
LU NAMPAK
DALAM SEMUA
ADA KEBAIKAN

BRO
GUA BUKAN
GUA YANG LU FIKIRKAN
TAPI
LU IALAH LU
YANG FIKIRKAN TENTANG GUA

MINDA YANG GELAP
MUSTAHIL AKAN
MEMBAWA PENCERAHAN

BRO
JUJUR DAN KEJUJURAN
IALAH BAB PERTAMA
DALAM BUKU HIDUP

BRO
KITA BUKAN NAK
TUNJUK KITA  HEBAT
PADA SESIAPA
KITA HANYA NAK TUNJUK
PADA DIRI KITA SENDIRI
KITA DAH BERJAYA
JADI SOSOK YANG
LEBIH BAIK DARI KELMARIN

BRO
KAWAN PALSU
AKAN IKUT LU
KETIKA ADA CAHAYA  MATAHRI
KEMUDIAN BILA GELAP SAMPAI
DIA AKAN TINGGALKAN LU

BRO
JANGAN BUANG MASA
TUNJUK KITA TERER
PADA ORANG LAIN

JIKA
ADA ORANG JADIKAN KITA
SEBAGAI GANTIAN
BERI DIA
PELUANG UNTUK MEMILIH

BRO
SATU KAWAN
YANG SETIA
LEBIH BAIK DARI
RIBUAN SAUDARA

BRO
KALAU LU BERBUAT
BAIK PADA ORANG
KEBAIKAN AKAN DATANG
PADA LU
INI HUKUM ALAM
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT
SELAMAT BERPUASA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan