Selasa, 20 April 2021

BILA PENJARA DATANG MEMANGGIL

 

BILA PENJARA

DATANG

MEMANGGIL

KAH KAH KAH

PEMIMPIN ISLAM

MENJADI BIJAK

KAH KAH KAH



Mengapa Umno, pemimpin BN masih bersama kerajaan gagal, soal Najib

NAJIB Razak mempersoalkan mengapa sebilangan ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) memilih untuk kekal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) walaupun banyak melabelnya sebagai “kerajaan yang gagal”.

Bekas perdana menteri yang aktif di media sosial sejak kebelakangan ini, berkata menteri dan timbalan menteri daripada Umno dan BN lebih mementingkan kedudukan mereka berbanding melindungi kepentingan rakyat.

“Sebenarnya, saya segan untuk mengulas tentang hashtag #kerajaangagal ini sebab menteri-menteri Umno dan BN masih meyokong dan merupakan sebahagian dari kerajaan PN.

“Seperti diulas saya 6 bulan dahulu pada Oktober tahun lepas, saya sudah ramal bahawa Umno-BN bakal dikaitkan dengan kegagalan kerajaan dari segi ekonomi.

“Saya juga tak faham kenapa sehingga hari ini Umno dan BN masih mahu berkait dengan kerajaan yang gagal melainkan ada yang lebih mementingkan jawatan berbanding kepentingan negara, rakyat dan parti?” soalnya dalam catatan di Facebook.

Pada Jumaat, kerajaan PN menerima hashtag #Kerajaangagal kerana menambahkan seorang lagi lagi timbalan menteri dalam Kabinet 70 orang.

Menjelang 12.45 tengah hari, hashtag itu mengumpulkan lebih 37,000 tweet di Twitter ketika pengguna media sosial mengambil kesempatan menyerang pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Najib berkata beliau mula menyedari keadaan menjadi buruk apabila Muhyiddin cuba menyakinkan Agong untuk mengisytiharkan darurat pada Oktober lalu.

Beliau juga menyebut kegagalan kerajaan menguruskan keadaan Covid-19 di negara ini.

“Sebab itu, saya pilih untuk kuarantin kendiri selama 14 hari walaupun arahan adalah hanya untuk 3 hari. Melihat ini, saya saran kerajaan untuk sekat rentas negeri serta-merta memandangkan jumlah kes baru Covid di Semenanjung cuma dalam puluhan kes sehari masa itu tapi tidak dilayan kerajaan.

“Jika Covid terkawal, ekonomi memulih dan pelaburan asing masuk maka kerajaan tak perlulah guna begitu banyak wang untuk pakej-pakej bantuan sehingga PM8 terpaksa mengaku kerajaan hari ini tiada banyak wang lagi,” tambahnya.

Najib tahun lalu disabitkan dengan tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa dan ketika ini mengemukakan rayuan.

Beliau juga berdepan tuduhan berkaitan 1Malaysia Development Berhad yang lain.

Ahli Parlimen Pekan itu juga menyebabkan BN kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018. – 18 April, 2021.

SEMENJAK 

BEBAS DARI 

BIK MAMA

PEMIMPIN ISLAM

MULA  WARAS

AMIN

SAYANG DAH

TERLABAT

AMIN

SUNGAI BULUH

SAIP MENUNGGU

KHALAS



Tiada ulasan:

Catat Ulasan