Ahad, 4 April 2021

AGENDA SUBVERSIF SIAPA ?

 

AGENDA 

SUBVERSIF?

AMIN

AGENDA LUARAN?

AMIN


Jangan campur baur kesetiaan UMNO dengan agenda subversif – Zahid

KUALA LUMPUR – Agenda kesetiaan dalam konteks UMNO  tidak boleh tergelincir dan wajib dipertahankan walau dalam bentuk acuan sekali pun supaya agenda pejuang agama, bangsa dan negara dapat diteruskan.

Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi sehubungan itu berkata, ramuan kesetiaan itu tidak boleh dibenarkan bercampur baur dengan agenda luaran yang subversif yang cuba dibawa masuk.

Tegasnya, sebab itulah UMNO berpegang teguh kepada kesetiaan mutlak terhadap agenda perjuangan yang dipamerkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru ini.

“Marilah kita belajar dari sebuah kesetiaan kerana kesetiaan itu mengajarkan pentingnya suatu kejujuran, ketulusan dan kepercayaan.

“Benar setia itu terkadang menyakitkan, tetapi kita perlu percaya mereka yang setia pada akhirnya ada sinar menanti.

“Presiden UMNO mengerti falsafah ini kerana itu walau apa terjadi kesetiaan pada parti tanpa kompromi.

“Meskipun ia bermaksud lilin membakar diri,” katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, terlalu ramai menyebut tentang erti kesetiaan kebelakangan ini namun adakah mereka faham tentang erti sebenar kesetiaan.

Dalam konteks umum, katanya,  kesetiaan dianggap perkara terpenting dalam sesebuah hubungan manakala dalam konteks agama kesetiaan jauh lebih bermakna.

“Kesetiaan kepada negara adalah tentang jati diri dan nasionalisme. Perasaan cintakan tanah air yang tidak berbelah bahagi.

“Tatkala berkata mengenai kesetiaan kepada Raja-Raja Melayu, ia lambang Malaysia sebuah negara berdaulat.

“Kesetiaan kepada pasangan hidup merupakan pemangkin kepada kesejahteraan institusi kekeluargaan,” katanya.

Justeru, katanya, dalam aspek definisi kata-kata, kesetiaan membawa banyak makna.

Namun pada prinsipnya semata-mata tentang keteguhan hati.

Bak kata ilmuan, kesetiaan bererti ketelusan untuk menyimpan satu dalam hati dan berjanji tidak mengkhianati. – MalaysiaGazette

 

AGENDA SAPA?

AMIN

AGENDA ANWAR ? 

AMIN

SAJE TANYA 

JANGAN MARAH

KHALAS 



1 ulasan:

  1. SALAM
    1. Kesetiaan yang wajib adalah kesetiaan pada Allah dan RasulNya. Inilah yang dikatakan kesetiaan KeTuhanan yang wajib diikrarkan pada detik umat islam ber Iman kepada Allah dan Rasul Nya (Dua Kalimah Syahadat)untuk menjadikan seorang yang beragama islam.
    2. Kesetiaan kepada selain Allah dan RasulNya hendaklah dikaji dengan teliti. Jika kesetiaan kepada Raja maka hendaklah dikaji keimanan dan perbuatan Raja itu. Adakah Raja benar-benar beriman kepada Allah dan RasulNya dan dan melakukan "amar makruf nahi mungkar?" Andainya tidak selari dengan sifat yang dikehendaki ini maka dari sudut ketuhanan kita tidak wajib beri kesetiaan tersebut.
    3. Begitu juga caranya menilai kesetiaan yang dikehendaki oleh pihak-pihak lain seperti parti politik, presiden parti, ketua kerajaan dan siapa sahaja makhluk yang menagih kesetiaan dari pengikut masing-masing. Selagi keimanan kepada Allah dan RasulNya tidak jelas dan perbuatan mereka pula menghala kepada kemungkaran maka tidak wajib kita memberinya.
    4. Allah melalui nabi dan Rasulnya telah menetapkan apa yang halal dan apa yang haram dilakukan. Jika mereka yang menagih kesetiaan bersifat suka melakukan perkara-perkara yang mungkar, haram dilarang Allah maka hindari diri kita memberi kesetiaan kepada mereka.
    5. Semoga, dengan tidak memberi kesetiaan kepada mereka, Allah akan melindungi kita semua dari bencana hasil dari kesetiaan kita yang salah.

    BalasPadam