HUBAYA HUBAYA
AMIN
INI SUARA
CALON TETAP
PM MALAYSIA
KHALAS
Hukum pegawai kanan terbabit skandal, kata Ku Li
AHLI lembaga pengarah, pegawai atasan di syarikat berkaitan kerajaan perlu dihukum atas keputusan mereka yang mengakibatkan kerugian syarikat, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
Veteran Umno itu berkata pegawai atasan tidak patut terlepas hukuman atas kesalahan mereka.
“Sekiranya kamu tanggung kerugian daripada pelaburan kerajaan, maka saya rasa menteri atau orang yang bertanggungjawab harus tanggung kesalahan mereka dengan cara hilang pekerjaan atau pencen.
“Dengan berbilion ringgit yang terlibat, akhirnya pembayar cukai akan rugi dan individu itu bebas. Ini tidak boleh dimaafkan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Tengku Razaleigh, atau lebih dikenali sebagai Ku Li, berkata ianya sama juga seperti memberi pinjaman dan mereka yang terlibat perlu dikenakan penalti.
“Jika tidak, mereka akan terus meminjam, berfikir ingatkan duit mengalir macam air.
“Saya rasa mereka tidak boleh dimaafkan untuk itu (kelalaian). Mereka (kerajaan) perlu kejar orang-orang ini.”
Tengku Razaleigh mengulas mengenai skandal rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Sistem Penerbangan Malaysia yang kini diganti sebagai Malaysia Airlines Berhad (MAB) setelah diambil alih oleh Khazanah Nasional Bhd pada 2015.
Pada April tahun lalu, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mengumumkan telah kembalikan ke Malaysia dana AS$300 juta (RM1.3 bilion) dicuri dalam skandal rasuah 1MDB yang telah digubah melalui sistem kewangan global.
Wang itu adalah sebahagian daripada lebih AS$4.5 bilion yang dikatakan oleh penyiasat AS dijarah dari firma pelaburan milik negara itu, dengan mendakwa dibantu bekas perdana menteri Malaysia, Najib Razak dan orang rapatnya.
Pada 3 Mac, Kementerian Kewangan telah mengumumkan Deloitte PLT telah bersetuju untuk membayar RM324 juta bagi menyelesaikan semua tuntutan yang berkaitan dengan peranan firma sebagai juruaudit akaun 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.
Kesepakatan itu dilakukan, setelah AmBank Group juga setuju untuk menyelesaikan dengan kerajaan semua tuntutan terkait penglibatannya dalam skandal 1MDB.
Kementerian Kewangan telah mengumumkan AMMB Holdings Bhd akan membayar RM2.83 bilion untuk menyelesaikan kes tersebut.
Ini diikuti setelah bank pelaburan AS Goldman Sachs penyelesaian berjumlah RM15.8 bilion dengan kerajaan Malaysia pada Julai mengenai peranan golongan kuat Wall Street dalam urusan 1MDB.
Najib ketika ini menghadapi tuduhan rasuah untuk skandal 1MDB. – 11 April, 2021.
Kah kah kah kalau rasuah bawa rezeki kepada kaum majoriti, itu memang dasar DEB unjuran UMNO kan ? Apa salah patut majoriti senyap menyap kalau bab rasuah, kah kah kah kalau pasal Kote Sajat sampai ulama melompak teriak macam kera, kah kah kalau bab rasuah curik samun senyap sebab sendiri pon terlibat tak kan tak tahu lagi? Selagi majoriti restu rasuah selagi kroni bani akan terus rasuah di negara ini, syukur amin semuanya kehendak Allah SWT Amin kah kah
BalasPadam