Selasa, 13 April 2021

CHINA TOLAK KE CINAAN - SYABAS DAP

 

SYABAS

SALUT DAP

AMIN

INI MAKNANYA

NEGARA KITA

BOLEH DIBINA

  BERSAMA

UNTUK MENUJU 

KE JALAN

YANG BAIK

AMIN




DAP tidak perlukan cauvinis seperti Ronnie Lui, kata pemimpin parti

PEMIMPIN DAP mengecam kenyataan dikeluarkan rakan mereka, Ronnie Lui yang parti itu tidak boleh “mencairkan kecinaannya” dan tidak sepatutnya memberi gambaran ia “bukan parti Cina”.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan parti, Tony Pua berkata kenyataan Lui mungkin merupakan penghinaan terbesar yang pernah dilemparkan kepada DAP hari ini.

Beliau berkata MCA mempunyai ‘kecinaan’ mereka sendiri dan ia sepenuhnya berada di bawah belas ihsan “abang besar” seperti Umno, Bersatu dan PAS yang memberikan sokongan survival politik kepada MCA.

“Namun, Liu mahu parti membalikkan kemajuan yang kita buat selama lebih satu dekad untuk melindungi ‘kecinaan’ kita.

“Itu sangat cauvinis dan DAP tidak perlukan tanpa chauvinis seperti itu dalam parti,” kata Pua dalam satu kenyataan.

Lui, yang merupakan Adun Sungai Pelek berkata parti tidak perlu mencairkan “kecinaannya” hanya kerana kritikan daripada musuh politik mereka.

Katanya, DAP harus menjaga budaya parti, serta semangat perlembagaan, pluralistik dan perjuangan politik demokratik parti.

“Falsafahnya jelas: berpegang teguh pada ‘kecinaan’ kita sambil terus memanggil diri kita sebagai ‘parti berbilang kaum… untuk semua rakyat Malaysia’, walaupun terdapat percanggahan yang jelas.

“Strategi pilihan rayanya (PRU15) juga mudah: ‘kita perlu bekerjasama dengan parti Melayu yang lain, tetapi kita tidak sepatutnya menggambarkan diri kita sebagai parti bukan Cina.”

Pua berkata beliau gembira dan lega kerana Liu kes terpencil dan kepemimpinan parti tidak menyokong prinsip cauvinistik tersebut.

Beliau berkata pendirian seperti itu tidak hanya akan membuatkan mereka kembali puluhan tahun tetapi akan menjadi suara kematian parti pada masa depan.

“Saya dan rakan dalam parti mahu membina parti Malaysia yang menyeluruh berdasarkan prinsip keadilan, pentadbiran yang baik dan berintegriti. – 13 April, 2021.


DAP PKR DAN

 AMANAH

WAJIB RANCANG

SATU HARI NANTI

UNTUK JADI SATU ANGKATAN

AMIN

PASUKAN YG

LEBIH INTIM

AMIN 

PADA MASA

 SEKARANG

 ANWAR  IBRAHIM

BIKIN KACAU

AMIN

KITA NAK 

BAIKI MALAYSIA

AMIN

ANWAR NAK JADI PM

 HINGGA MUSNAH

PAKATAN HARAPAN

KHALAS



4 ulasan:

  1. ini sembang politik saja .. hakikatnya majoriti dalam DAP mmg terkenal dengan kecinaanya lebih dari Malaysianya..

    BalasPadam
  2. Gantikan jawatan setiausaha, penasihat dan presiden dgn orang melayu kemudian baru blh sembang ttg perpaduan kaum. 13May adalah lencana DAP yg tidak dilupai rakyat.

    BalasPadam
  3. Hhahahaha tak belagak, tak jd melayuny... tak mabuk, tak jadi kolengny.. tak menipu, tak jadi cino ny... Pegey da, tt suko kono tipu... Kemarin dia da duduk kek kementorian kewangan, polek² da jd negaro kemarin... Hahaahaaa

    BalasPadam