COLLINS
SEORANG BOBBY
Restoran pertama dimana aku bekerja menjadi pelayan ialah di Desaru di Old Compton Street. Aku mula menjadi pelayan pada musim panas tahun 1987. Kemudian aku berpindah menjadi pelayan restoran di Garuda Restaurant 150 Shaftesbury Avenue West London. Aku mula di Garuda pada musim panas tahun 1988. Ini ketika aku telah menjadi siswa di Polytechnic Central London.
Kedua-dua restoran ini terletak betul-betul ditengah-tengah kota London – wilayah Soho. Jadi aku ini ‘Anak Gampang’ Soho. Maknanya : jahat memang jahat tapi tak berapa jahat sangat – tak sampai bunuh orang.
Nama jalan tempat aku bekerja ini ini diambil dari nama 7th Earl of Shaftesbury (1801-1885). Jalan ini bermula di Tottemham Court Road menjalar masuk ke dalam kota hingga ke Piccadilly Circus. Aku rasa tak sampai dua batu.
Piccadilly Circus atau Bulatan Piccadilly ini menjadi ikon untuk iklan pelancong. Tak jauh dari sini ialah Leicester Square. Disini ada dilantaikan peta dunia untuk menunjukkan jarak jauh wilayah-wilayah tanah jajahan Baginda Queen dari London ke Amerika, ke Canada ke West Indies, ke India hingga ke timur - ke Australia, New Zealand, Fiji – termasuk ke Tanah Melayu.
Menapak sadikit dari Leicester Square ialah Trafalgar Square. Tanda mercu kuasa imperial Inggeris – kuasa angkatan tentera laut Baginda Queen yang menakluki lebih tiga par empat wilayah dunia. Disini tercacak simbol kuasa armada imperialis Inggeris – tugu patung Nelson tegak berdiri.
Trafalgar Squarae ini adalah ‘zero point- titik kosong’ kota London. Dari sini diukur semua jarak kota London dengan bandar dan pekan di United Kingdom dan juga tanah jajahan Baginda Queen.
Wilayah West End ini penuh dengan dengan panggung bangsawan dan panggung wayang. Di Shaftesbury Avenue ada 4 buah panggung bangsawan atau panggung teater – Lyric, Apollo, Geielgud dan Sondheim dan dua panggung wayang – Curzon dan Picturehouse Central. Panggung wayang Curzon betul-betul di hadapan Restoran Garuda.
Telah aku nyatakan wilayah Soho ini tempat bercanda-canda. Tempat berinang-inang. Tempat menukar selesa mencari makan dari pelbagai jenis restoran dari seluruh dunia. Tepok dada tanya selera dan buka dompet.
London kota pelancongan yang menarik beratus ribu pelancong dari seluruh dunia. Tanpa pelancong aku rasa Garuda tempat aku bekerja payah juga nasibnya. Malah tanpa pelancong London akan menjadi kosong meleset – jadi pekan tinggal.
Ada seribu satu macam daya tarikan dalam kota London. Bukan sahaja tarikan sejarah. Banyak tarikan yang tak perlu dibaca atau dikaji. Tarikan yang mana Mat Bunga dan Minah Kepoh tak perlu membaca, Menengok saja sudah cukup untuk dijadikan modal berlabun di kampung.
Untuk berjudi ada beberapa buah kasino di Soho. Untuk yang suka berjoget dan bertandak ada kelab malam. Kelab malam ini ada yang resmi ada yang bawah tanah. Untuk jantan berduit tapi gagal dapat awek ada rumah merah. Untuk Mamat Hitam nak merasa panas badan Minah Putih ada disediakan bilik-bilik di mana Minah Putih duduk terkangkang menunggu. Untuk jantan suka jantan ada pub dan kelab. Untuk perempuan minat perempuan ada cafe untuk bertemu.
Hakikatnya – London ini syurga dunia. Dan aku yang memburuh untuk membayar yuran sekolah dan sewa rumah adalah sebahagian dari jentera penghibur kota London.
Hakikatnya pelancong amat penting untuk London. Pelancong pembawa saluran oxygen. Justeru kedatangan para pelancong disambut baik. Dari lapangan terbang Heathrow dan di setiap stesen kereta api bawah tanah akan ada rak iklan untuk pelancong mengambil brosur dan majalah atau pamplet selebaran maklumat tentang apa yang menarik dalam kota London.
Untuk ini keselamatan pelancong ini wajib dijaga. Justeru dalam kota London ada Bobby.
Bobby ini nama manja untuk mata-mata kota London. Nama ini diambil dari nama Sir Robert Peel (1788-1850) yang pernah menjadi Menteri Dalam Negeri. Sosok ini menubuhkan pasukan mata-mata pertama dalam dunia pad tahun 1829 . Nama Robert dipendekkan jadi Bob – dari Bob jadi Bobby – ini sejarahnya. Hakikatnya mata-mata kota London ini adalah cucu cicit Robert Peel.
Bobby – mata-mata di United Kingdom tidak memakai senjata. Tidak ada pistol atau senapang. Mata-mata di United Kingdom hanya ada kayu belantan atau chota. Zaman berteknoloji seperti hari ini - di atas bahu kiri Bobby ada terselit radio kecil untuk berhubung dengan rumah pasung atau balai yang terdekat. Ini saja senjatanya.
Bobby yang bersenjata wajib dilatih khas. Mereka hanya muncul untuk operasi khusus. Yang menapak, yang naik kereta meronda tidak bersenjata. Dalam kota London amat jarang aku ternampak kereta polis mundar mandir.
Malah hampir dua puluh tahun aku di kota London – tak pernah sekali pun aku menemui Bobby London memasang Road Block. Aku juga tak pernah ternampak Bobby yang bersenjata malah yang membawa kayu chota pun tak pernah aku nampak. Mereka menapak bersendirian.
Pada satu pagi musim panas ketika itu Garuda belum dimasuki pelanggan. Aku baru selesai mengvacum lantai. Aku ternampak seorang Bobby beruniform biru telah melintas di hadapan dinding gelas Garuda. Ketika itu Johnny anak pemilik restoran telah sampai. Johnny ternampak Bobby. Dia menggamit mengajak masuk.
‘ Good mornin ..how’re you Collins... ‘ Johnny telah bersuara ketika Bobby ini menolak pintu kaca untuk masuk. Dari bunyi suara Johnny aku yakin mereka telah kenal lama.
‘ Morning... hi yar mate...’
Aku ketika itu sedang mengulung kain napkin.
‘ Tis’ bloke.. our new waiter.... Isham... ‘ Johnny memperkenalkan aku. Aku menghulur tangan. Untuk pertama kalinya dalam hidup aku berjabat tangan dengan seorang Bobby kota London.
‘ Hi Isham..’ Tangan aku dipegang.
‘ Ello.... ’ Tangan aku dilepaskan.
‘ Nama dia ini Collins.. kau jangan takut ... polis jaga kawasan ini...’ Johnny memberi penerangan.
‘ Isham...Glad to know you... ..’ Bobby memperkenalkan diri.
‘ Coffee for you Collins... ‘ Johnny mempelawa sambil matanya memandang pada aku sebagai memberi arahan..
‘ No thanks... had two cups already.....got to march on to Picadilly ...just have a look..’ Collins menolak dan meminta diri.
Aku merasa bangga kerana aku telah berkenalan dengan seorang Bobby. Selama ini aku hanya mendengar berita, membaca surah tentang Bobby. Kali ini aku telah berkenalan dengan seorang.
Musim panas aku bekerja sepenuh masa. Hanya bercuti hari Ahad. Musim sekolah aku bekerja petang Rabu dan hujung minggu. Untuk aku ini mencukupi untuk membayar sewa rumah, tambang perjalanan , makan minum dan yuran sekolah.
Ketika bekerja sepenuh masa aku akan membuka restoran jam 10.30 pagi. Aku membersihkan tandas. Mengvacum lantai. Menyusun meja. Mengira apa minuman yang perlu di pesan untuk bar. Menunggu laundri sampai. Jam 11.00 pekerja dapur sampai. Tugas aku memastikan dewan makan dan bar tip top bersedia untuk dibuka jam 12.00 tengah hari.
Bila semua selesai aku akan membuat kopi. Ketika aku membuat kopi London dah mula sibuk. Ramai warga kota telah mula lalu lalang di hadapan Garuda.
Satu pagi aku ternampak Collins sedang menapak. Aku menjengok dipintu.
‘ Come in... good morning Collins...” Dia masuk.
‘ Join my coffee...’ Aku mempelawa minum. Tanpa menunggu jawapan aku telah menuang kopi ke dalam cawan.
‘ How’re you Isham.. how are things... black no sugar..’ Collins saperti aku minum kopi hitam tanpa susu dan gula .
‘ Comme ci.. comme ca.. like this like that..’ Aku mengoyangkan ibu jari aku tanda semua okay.
‘ Tourist are pouring in now... this weekend .. in the evening Picadilly would be crowded..’ Collins memberi pencerahan.
‘ Any problems...’ Aku bertanya dengan simpati.
‘ Not really .. some drunks here and there... but I must watch out... the Latinos...’
‘Who? Latinos...What about them..’ Aku bertanya cepat.
‘ Professional pick pocket... they travelled the world.. some summer they are in London... they have a team..not operating alone...’
‘ Ha ha ha.. trust the Latinos... yes yes..’ Aku terbarai ketawa. Aku teringat ada membaca berita dari Evening Standard akhbar petang tentang Latinos yang sengaja menunggu masa berasak asak untuk masuk ke dalam kereta api bawah tanah. Pencopet ini akan memotong saku mangsa dengan pisau nipis untuk mencuri dompet.
Si Latino ini memulakan operasi dengan mengenal sasaran. Seorang Latino akan berdiri di hadapan bakal mangsa. Seorang di belakang. Bila kereta api sampai mereka berasak-asak masuk ke dalam perut kereta api. Kemudian Si Latino yang di hadapan akan menyentuh atau terlanggar mangsa hingga berlaku pergerakan badan. Ketika ini Si Latino yang di belakang akan pantas memotong saku belakang mangsa. Operasi ini berjalan pantas sekali. Tanpa disedari. Sampai ke stesen di hadapan dua pencopet ini akan turun menghilang.
‘ They are pro...last week there were two cases here..’ Collins memberi penjelasan.
Collins melihat jam kemudian dia beredar. Aku perhatikan Collins ini bak kata orang Patani – budak berjurus.
Ketika Collins membuka pintu aku memandang kasut Collins. Hah. Dia memakai kasut Dr. Marten. Aku juga memakai kasut jenis ini. Kasut ini menjadi kasut feshen anak muda di seluruh dunia. Sebenarnya Dr Marten ialah kasut Bobby kota London. Kasut terbaik untuk menapak.
Satu minggu kemudian aku ternampak Collins sekali lagi. Kali ini dia membawa buku. Aku menggamit dia masuk.
‘ Coffee for you... I’m all alone... Johnny and kitchen staff late today...’ Hari Senin semua pekerja dan boss datang lambat salepas hujung minggu.
‘ What are you reading..... are you into Shakespear ? Aku bertanya sambil melawak.
‘ Isham.. I am taking exam...’
‘ What exam... examination in summer ?’ Aku menjadi hairan. Pepereksaan untuk apa.
‘ For promotion... now I am a police constable.. this exam for sergeant ...’ Collins memberi penerangan.
‘ Good on you my friend.. ‘
Baru aku sedar bukan senang nak dapat pangkat. Wajib belajar dan wajib lulus pepereksaan. Kena membaca buku kanun dan hukum hakam negara.
‘ Isham... I am going to run for a charity... would you like to sponsor me...’ Collins bersuara lembut.
Kemudian Collins menerangkan bahawa dia menyertai larian amal bakti dengan tajaan 5 pound untuk 1 batu. Dana tajaan ini akan dikumpulkan untuk akan diberikan kepada Hospital Kanak-kanak.
‘ I’ve already clock ini 50 miles...’
‘ Ok... Mister Collins... 3 miles from me..’ Aku menaja Booby yang baik hati ini 15 pound – jumlah duit tips semalam dari aku.
Memang betul hemat aku Collins ini sosok berjurus - jantan lurus. Aku merasa senang hati dapat berkenalan dengan orang baik saperti Collins.
Hari berjalan. Minggu berganti. Musim panas hampir selesai. Musim daun gugur akan masuk. Dan sekolah aku akan dibuka kembali. Dan aku akan bekerja satengah masa.
Satu pagi aku ternampak Collins sekali lagi. Aku mangajak dia masuk dan minum kopi.
Sambil minum kopi Collins menerangkan bahawa dia berjaya mengumpul hampir 300 pound untuk larian amal itu. Aku mengucapkan tahniah.
‘ Thanks Isham... I also met some one there...”
‘ Pretty lady? Lucky you...‘ Dengan cepat aku meneka.
‘ Ya... she is a nurse at the children hospital...’ Collins tersenyum puas.
‘ Bring her here .. a diner here... a dinner at the West End... just tell me when..’ Aku menjadi batu api. Aku teringin hendak melihat wajah awek yang diminati oleh Collins.
‘ You think she would like it here....’
‘ Of course... I am at your service... any time for you Collins...’ Aku cuba meyakinkan Collins.
‘ Let’s me see your menu...’
Aku menghulurkan menu kepada Collins. Dia membaca.
‘ What is pergedel ... and keropok..’ Collins bertanya.
‘ Emmm.. are you sure ..’ Collins belum memiliki keyakinan diri untuk bercanda-canda.
‘ Yes.... she would love it here... a romantic evening..’ Aku menjual iklan.
‘Emmm... if you say so...’ Collins menggangguk.
Ha ha. Aku akhirnya berjaya meyakinkan seoranh Bobby kota London ini untuk mencari pacal. Aku nampak Collins ini macam tak ada keyakinan bila berhadapan dengan perempuan cun. Entah-entah Collins yang dah masuk tiga puluhan ini masih lagi belum merasa nikmat katil. Mustahil. Tapi aku nampak Colins ini kalau di kampung aku dia ini ada iras-iras Pak Lebai – jujur dan lurus.
Maka bila berjumpa Pak Lebai maka Anak Gampang Soho wajib menjalankan peranan.
Sabtu malam Ahad yang dijanjikan itu sampai. Jam 8.30 malam Collins dengan Minahnya menapak tiba. Johnny membuka pintu. Aku datang menyambut dan terus membawa mereka duduk – meja untuk berdua. Meja paling stratijik dalam Garuda. Terletak dilantai yang tinggi sadikit dari dewan makan. Boleh memandang ke seluruh restoran.
‘ How are you Mister Collins...a table reserve for you “ . Aku mengambil kad bertulis ‘reserve’ dari meja. Maka Anak Gampang Soho mula memberi layanan. Mata aku memerhati Minah di hadapan Collins. Memang cun. Sosok yang aku sendiri akan memberi perhatian berkali-kali jika sosok berbentuk ini masuk ke Garuda.
Atau jika ternampak sosok jenis ini di Trafalgar Square aku akan menjadi pelancong sesat dari Malaysia untuk betanyakan jalan sebagai helah untuk berkenalan.
‘ Isham... this is Clara...’ Collins memperkenalkan aweknya kepada aku.
Aku tunduk membongkok tanda hormat dan berkata :
“ Madame most welcome... Im here at your service...’ Clara tersenyum membuatkan jantan aku terusik.
‘ There is no sommelier here... but tonite I’m your sommelier...’ Aku mengangat diri aku untuk menjadi pakar air anggur.
‘ Bourdex 1994... Mouton Cadet.. very good red for spicy Malaysian Indonesian cousine ....’ Aku berlagak macam aku ini betul pintar dalam hal air anggur.
‘ I’ve heard of satay... what is peanut source...’ Clara bertanya sambil memegang dan membaca menu.
Kali ini aku beralih dari seorang sommelier pakar air anngur Peranchis untuk menjadi master chef - pakar santapan Melayu. Aku menerangkan semua menu dalam Garuda dari pembuka selera ke nasi goreng ke asam pedas, ke cumi cumi ke sambal ikan belado hingga ke cendol dan pisang goreng.
Niat aku untuk meyakinkan Clara bahawa Collins ini bukan calang orang tapi jantan kosmopolitan yang memiliki cita rasa yang amat sopistikated.
‘ Leave it to me Madame... I’ll make sure the food will seduce you...’ Aku mula menggunakan metafora seksual untuk menjual Collins.
‘ Go ahead Isham... we trust you... our first time in an Indonesian restaurant...’ Collins memberi tanda bersetuju untuk aku mengatur apa yang akan mereka nikmati.
Aku mulakan dengan sate dan udang goreng tepung Diikuti oleh rendang, ikan bawal berlado, gulai ayam kunyit santan kelapa, sayur campur dan nasi putih. Menu yang aku sendiri minati jika aku makan dimana-mana restoran Melayu. Cuma di London tidak ada petai, jering dan kerdas.
Aku akhirnya untuk Collins dan Clara dengan pisang goreng ais krim dan kopi Jawa.
‘ Mister Collins... I am sure you are familiar with the coffee...’ Aku menuangkan kopi.
Kemudian aku membawa dua gelas Sambuca. Dalam gelas kecil ini api sedang menyala membakar dua biji kopi. Ini liqueur yang manis. Api dalam gelas untuk meromantikan lagi suasana.
‘ This is from Johnny .. the patron of Garuda...’ Minum Sambuca sebagai penutup ini hadiah dari Johnny.
Collins meminta bil.
Aku ke bar dan mengambil bil. Colins membaca bil dan terus bersuara. ‘ What about the wine...not in the bil...”
‘ Mister Collins dan Madame... the Mouton Cadet ... from me... I hope you enjpy the evening...’ Aku menjual senhyum.
Collins membayar dengan kad kredit. Dia meninggalkan sekeping kertas hijau bernilai 5 pound di atas meja.
“ Good nite Isham...’ Mereka beredar.
Hari berjalan. Masa beredar. Sekolah aku dibuka. Aku tidak lagi datang setiap hari ke Shaftesbury Avenue.
Satu pagi Sabtu aku ternampak Collins sekali lagi. Saperti biasa aku mengajak dia masuk.
“ Isham thanks for that nite... Clara likes you...you did a great job that nite... without you I’ve no clue about Malaysian food or wine...’
“ Ha ha ...’ Aku terbarai ketawa. Aku memandang muka Collins. Dari air muka dan senyumannya aku yakin dia telah memasukan bola itu ke dalam pitu gol. Aku tunjukkan ibu jari aku sekali lagi.
‘ Isham next week is my exam... If promoted I will be station at a new place...’
“ All the best Collins.. my regards to Clara...’ Itulah pertemuan akhir kami. Kerana salepas itu aku tidak nampak lagi PC Collins menapak di Shaftesbury Avenue dengan kasut Dr Martennya.
Aku yakin PC Collins sudah jadi Sarjan Collins bertugas di rumah pasung di wilayah yang baru. Pasti bersama Clara. Aku Anak Gampang Soho turut sama bergumbira. Anak Gampang Soho telah berjaya membawa sebuah antan ke lesong. (TT)
TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/04/28/collins-seorang-bobby/
gampang ko sham
BalasPadammalaysian food or wine
wine mano tu? jolobu kooo??
Terima kasih atas nurkilan Tuan TT..
BalasPadamTiada kata seindah bahasa. Tulisan TT tetap indah sebagai terapi darurat PKP. Terus menulis kenangan sepanjang jalan TT!!
dibuang ke Australia membibit MasterChef, dibuang ke Timur menjadi hadji, balik asal menjadi NGI! hahaha
https://www.poetryfoundation.org/articles/89511/robert-frost-the-road-not-taken