BACA BERITA
INI
AMIN
CONTOH
BERITA TAK
LENGKAP
AMIN
BERITA
TERGANTUNG
AMIN
TAK TAHU
HUJUNG PANGKAL
KHALAS
NAZI KE?
SAMSENG KE?
AMIN
IKTIRAF
OLEH SAPA?
AMIN
OLEH RAJA?
OLEH IMAM?
OLEH ROS?
AMIN
PUKRAK MUKRAK
KHALAS
5 lelaki disyaki anggotai pertubuhan tidak diiktiraf ditahan
POLIS menahan lima lelaki yang disyaki menganggotai pertubuhan tidak berdaftar di sekitar Lukut dan dekat Port Dickson sejak Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata dalam tangkapan pertama, pasukan dari cawangan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson menahan seorang lelaki di Dataran Segar Lukut pukul 11.45 malam Ahad lepas, dan tiga hari kemudian empat lagi lelaki ditahan di sekitar Lukut dan Port Dickson, semalam.
Beliau berkata tangkapan dijalankan berdasarkan maklumat melalui gambar yang telah dimuat naik oleh ahli kumpulan itu di media sosial sebagai memperingati penubuhan kumpulan berkenaan.
“Setakat ini pihak polis telah menangkap lima lelaki berumur lingkungan 30 hingga 58 tahun. Kita masih berusaha mengesan beberapa orang lagi untuk melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya lelaki pertama yang ditangkap pada Ahad lalu dibebaskan hari ini manakala empat individu lain direman bermula hari ini sehingga Sabtu dan kes disiasat mengikuti seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966.
Aidi Sham berkata antara yang dirampas ialah sehelai baju bercetak logo syiling bertindih dengan lambang Nazi, yang melambangkan kumpulan berkenaan serta dua telefon bimbit yang memiliki bukti upacara yang dijalankan oleh ahli kumpulan. – Bernama, 22 April, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan