DARURAT INI
UNTUK LAWAN
MAT KOBID
KHALAS
DARURAT
NAK TANGGUH
PRU15
KHALAS
Darurat punca
orang Melayu marah,
kata Dr Mahathir
ORANG Melayu marah dengan Yang Di-Pertuan Agong kerana mengisytiharkan darurat yang mempengaruhi kehidupan orang ramai, kata Dr Mahathir Mohamad yang menyertai demonstrasi di luar istana hari ini bagi meminta darurat ditamatkan.
Bekas perdana menteri ini berkata bahawa orang Melayu kebiasaannya tidak membenci kerabat diraja.
Bagaimanapun darurat yang diumumkan oleh Agong atas permintaan kerajaan kononnya untuk memerangi pandemik Covid-19 membuatkan orang ramai marah kerana menderita.
“Sekarang kita melihat sentimen orang-orang Melayu dan (hari ini) telah menghantar (memorandum) kepada setiausaha kanan Agong kerana orang-orang Melayu mula marah kepada Agong.
“Kita dapat ikuti dalam media sosial.
“Ini sangat tidak biasa untuk orang Melayu menentang pemerintah kami.
“Agak ramai orang Melayu marah sekarang, kerana mereka menderita akibat darurat ini,” katanya kepada wartawan di luar Istana Negara di Kuala Lumpur.
Beliau berada di sana bagi memberi sokongan kepada Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat, sekumpulan ahli Parlimen pembangkang yang memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memperkenankan penamatan darurat dan mengadakan semula Sidang Parlimen.
Dr Mahathir hari ini mengiringi ketua jawatankuasa Khalid Samad dan juga Presiden Amanah Mohamad Sabu dalam menyerahkan memorandum tersebut.
Pengisytiharan darurat berkuatkuasa pada 11 Januari dan akan berlangsung sehingga selewat-lewatnya 1 Ogos. Kerajaan berkata darurat perlu dilakukan bagi membendung peningkatan jumlah jangkitan Covid-19. – 20 April, 2021.
Nak panggil parlimen, mesti selesai dua masalah supaya politikus henti kacau negara dan rakyat. Pertama, selesai pembicaraan ahli utama tim banduan. Kedua, hantar Abam keFinland. Kalau tak selesai, politikus terus main nombor, parlimen akan kecoh, negara akan huru-hara.
BalasPadamMana pak sheikh..pak sheikh tak anta memorandum ke...kan ke pak sheikh ada numbor...ini lah masa nak jadi piem...jgn tunggu lama lama...
BalasPadam