DARURAT
DIUMUM NAK
KAWAL MAT KOBID
AMIN
SEKARANG DILIHAT
DARURAT DAH
TAK KAWAL
MAT KOBID
AMIN
KAWAL MATI
PARLIMEN
KHALAS
PKP berlanjutan, SOP longgar undang risiko gelombang keempat, kata pakar kesihatan
NEGARA berdepan gelombang Covid-19 keempat susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak berkesudahan dan meletihkan selain penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang kurang jelas, kata pakar perubatan.
Mereka menggesa Putrajaya untuk meneliti semula beberapa aktiviti seperti membenarkan bazar Ramadan dan himpunan awam secara besar-besaran.
Pakar perubatan ini mengulas tentang peningkatan kadar kebolehjangkitan (R-O) dalam tempoh enam hari sejak 10 April lalu dengan kenaikan daripada 1.03 kepada 1.18 (16 April).
Kes aktif juga meningkat mendadak daripada 14,097 pada 7 April kepada 19,094 pada 17 April.
Pakar kesihatan memberitahu The Malaysian Insight bahawa mereka menjangkakan peningkatan mendadak kes baharu Covid-19.
Professor Madya Dr Malina Osman dari Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan Universiti Putra Malaysia berkata data dan corak jangkitan ketika ini menunjukkan akan berlakunya peningkatan mendadak dalam kes baharu dan kes aktif.
Beliau juga menjangkakan musim perayaan akan menyumbang kepada lebih banyak kes.
“Berdasarkan kepada pengalaman lepas, ya (akan berlaku peningkatan kes). Kita berharap langkah spesifik berhubung isu ini akan dilaksanakan bagi mengekang gelombang keempat,” katanya.
Presiden Persatuan Kesihatan Awam Malaysia Dr Zainal Ariffin Omar berkata sudah tiba masanya Putrajaya mengkaji semula masalah dan strateginya mengenai sama ada akan terus mengurangkan atau memberi tumpuan kepada pengekangan.
“Kerajaan perlu memandang serius tentang musim perayaan. Mereka perlu menilai semula statistik terkini dan sikap orang ramai,” katanya.
Dr Zainol berkata kerajaan juga perlu mempertimbangkan data kes dan tahap pematuhan SOP sebelum membenarkan bazar Ramadan beroperasi.
Beliau berkata ada beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes dan kewujudan kluster baharu sejak kebelakangan ini.
Antaranya termasuk pembukaan semula sekolah dan universiti, tempat kerja, bazar Ramadan dan perhimpunan awam.
Selain penguatkuasaan yang lemah, SOP yang kurang jelas dan aktiviti rentas negeri juga menjadi penyumbang.
Beliau berkata PKP yang terlalu lama menyebabkan orang ramai menjadi letih selain penat berbicara tentang program vaksinisasi.
Program itu bermula pada 24 Februari lalu dengan fasa pertama melibatkan lebih 500,000 anggota barisan depan.
Kerajaan mensasarkan 9.4 juta penerima vaksin berisiko tinggi termasuk golongan tua, pesakit kronik sebelum memulakan fasa kedua pada minggu depan.
Putrajaya menetapkan sasaran untuk memastikan sekurang-kurangnya 80% penduduk Malaysia menerima vaksin.
Setakat 15 April, lebih 434,000 sudah menerima dos vaksin yang mencukupi.
Dr Malina berkata orang ramai mula leka dan alpa terhadap pematuhan SOP.
“Pelanggaran SOP dapat dilihat sejak rentas daerah dibenarkan dan beberapa SOP berkaitan himpunan sosial dilonggarkan.”
Dr Malina berkata kerajaan perlu meneliti semula kebenaran terhadap aktiviti yang membenarkan orang ramai membuka pelitup muka semasa menyertai aktiviti sosial. – 18 April, 2021.
persepsi ni mmg tak dapat lari pasai ada keraguan kekuatan nombor kerajaan sekang.. Nasihat dah PKP dah Darurat kompaun pun dah vaksin pun dah dua dos pun... kes naik juga... akau tak tahu nak cakap apa lagi ni kerajaan yang bodoh atau rakyat yang bangang.
BalasPadamkalau dua dos vaksin tak cukup kasi tambah sampai overdos.. kah kah kah