AKHIRNYA
DARURAT
DILIHAT HANYA
UNTUK
AHLI
PARLIMEN
KHALAS
Darurat tidak berkesan kekang jangkitan Covid-19, kata ahli politik
SEKATAN pergerakan, penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka masih menjadi langkah paling berkesan untuk mengekang penularan pandemik Covid-19, kata bekas timbalan menteri Nur Jazlan Mohamed kepada The Malaysian Insight.
Nur Jazlan, yang juga bekas ahli Parlimen Pulai selama tiga penggal berkata tiada keperluan untuk darurat selain kerajaan bertindak tanpa akauntabiliti mengenai perbelanjaan awam dan penggubalan dasar.
Ketua Umno Johor itu berkata jangkitan Covid-19 melonjak lagi selepas PKP 2.0 ditamatkan pada Mac membuktikan darurat hanya memberi kesan sedikit dalam mengekang penularan pandemik.
“Ia bukanlah langkah pencegahan yang disenaraikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
“Dan beberapa negara menggunakannya, hanya untuk kawasan tertentu dan secara jangka pendek bagi mengawal wabak dan bukan di peringkat seluruh negara dan Parlimen mereka masih terus bersidang dan memerhati kerajaan, terutamanya berhubung kewangan.
“Negara berkenaan menggunakan darurat untuk perintah berkurung dan bukan untuk meluluskan undang-undang perbelanjaan,” kata Nur Jazlan yang juga bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
Darurat berkuatkuasa pada 11 Januari dan berakhir pada 1 Ogos yang kononnya untuk mengekang peningkatan kes jangkitan Covid-19.
Walaupun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menafikan darurat digunakan untuk kekal berkuasa, ahli akademik dan pesaing politik berkata ia tidak perlu.
Dengan kes jangkitan baharu Covid-19 terus merekodkan lebih 2,000 kes, penguatkuasaan darurat untuk mengekang jangkitan baharu dilihat cetek. Terdapat 2,341 kes baharu direkodkan pada 20 April, dengan purata 7 hari hampir 2,137.
Di bawah perintah darurat, kerajaan meningkatkan denda terhadap mereka yang melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) dan meluluskan undang-undang yang membenarkan pengambilalihan kemudahan kesihatan swasta dan penggunaan dana kerajaan tanpa kelulusan Parlimen.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad semalam turut berada di Istana Negara untuk menyatakan sokongan kepada Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat, sekumpulan ahli Parlimen pembangkang yang memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memperkenankan penamatan darurat dan mengadakan semula Sidang Parlimen.
Dr Mahathir berkata orang Melayu marah dengan Yang Di-Pertuan Agong kerana mengisytiharkan darurat yang mempengaruhi kehidupan orang ramai.
“Sekarang kita melihat sentimen orang-orang Melayu dan (hari ini) telah menghantar (memorandum) kepada setiausaha kanan Agong kerana orang-orang Melayu mula marah kepada Agong.
“Kita dapat ikuti dalam media sosial. Ini sangat tidak biasa untuk orang Melayu menentang pemerintah kami,” kata Dr Mahathir.
Seperti ramai ahli Parlimen lain, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh juga berkata perintah darurat itu hanya terhad kepada Parlimen sahaja.
“Ini adalah keadaan darurat bagi Parlimen dan bukan Covid-19.
“Tetapi keadaan darurat sepertinya tidak banyak berlaku untuk memerangi Covid-19 kerana jumlah jangkitan baru terus meningkat dari Januari hingga April,” kata Yeoh yang juga merupakan bekas timbalan menteri.
“Tetapi keadaan darurat nampaknya tidak begitu berkesan memerangi Covid-19 kerana jumlah jangkitan baharu terus meningkat dari Januari hingga April,” kata Yeoh yang juga bekas timbalan menteri.
Satu-satunya perkara yang diperoleh daripada darurat, kata Yeoh adalah membolehkan kerajaan Perikatan Nasional mengeluarkan wang tanpa pengawasan Parlimen. – 21 April, 2021
Hang tolong le buat bising skit kt kerajaan,apa yg atok ckp melayu marah pd istana ada betoinya. Masa depavali krismas raya Cina xde plak polis nak serbu umah ke umah check SOP,Masa raya melayu rajin plak nak serbu rumah org,dgn bangsa sndri nak tunjuk samseng dgn bangsa lain bule kawtim.punya kawtim ya smpai nama tuhan pun depan jual.
BalasPadambro u silap la...jangan tuding jari kat anwar..dah ada mandate rakyat siapa muntah cirit biawak..nak resign tak tentu pasal? sekarang menyalak gila..siapa ? mat kerala atau mat anwar? tepuk dada tanya agong dah ada 45 football field nak lunaskan lunas..nama cam cibai..yang hang dok senyap apasai? kemon bro..pachuching more..
BalasPadam