Khamis, 22 April 2021

MALAYSIA DI TAHAP BAHAYA

 


AWAS



AS keluar nasihat perjalanan 'Tahap 4' ke atas Malaysia

AMERIKA Syarikat (AS) menyenaraikan Malaysia sebagai Tahap 4, menandakan jumlah kes Covid-19 yang “sangat tinggi”, dan menasihati warganya agar tidak melakukan perjalanan ke negara ini.

Nasihat perjalanan di laman web Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS memberi amaran kepada warganya bahawa individu yang sudah lengkap suntikan vaksin masih berisiko dijangkiti di Malaysia, dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya lawatan tidak dapat dielakkan.

CDC menilai tahap keparahan wabak di setiap negara dari segi tahap, dari 1 untuk rendah kepada 4 (sangat tinggi).

“Jika anda perlu ke Malaysia, dapatkan vaksin lengkap sebelum melakukan perjalanan. Semua pelancong harus memakai pelitup muka, memastikan jarak 6 kaki dari orang lain, mengelakkan tempat sesak dan mencuci tangan,” katanya.


Semalam, Malaysia melaporkan 2,340 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah kes aktif di negara ini sebanyak 21,687. Malaysia setakat ini melaporkan 381,813 kes.

Sebanyak 11 kematian baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kepada 1,400 orang.

Terdapat juga 11 kluster baharu dilaporkan semalam, yang empat daripadanya melibatkan institusi pendidikan. – 22 April, 2021.


KITA

JAGA

KITA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan