BERITA BAIK
GEROMBOLAN
GADUH SAMA
SENDIRI
AMIN
Zahid pecat
Shahidan Kassim
sebagai pengerusi
Umno Perlis
Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan pemecatan Shahidan Kassim sebagai pengerusi badan perhubungan Umno Perlis ketika ura-ura mengenainya hangat diperdebatkan, selepas dilihat sering berbeza pandangan dengan pimpinan tertinggi parti Melayu itu.
Presiden Umno itu turut mengumumkan Menteri Besar Perlis Azlan Man menggantikan ahli Parlimen Arau itu bagi jawatan tersebut berkuatkuasa hari ini.
“Adalah dimaklumkan bahawa jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Shahidan Kassim digantikan Azlan Man yang juga menteri Besar Perlis.
“Pertukaran ini berkuatkuasa mulai hari ini,” kata Zahid dalam satu kenyetaan hari ini.
Shahidan adalah antara pemimpin Umno yang lantang mengkritik kepimpinan pusat berhubung keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.
Sebelum ini, beliau turut berkata tidak bimbang jika tindakan diambil terhadap Umno Perlis di bawah pimpinannya.
“Kalau Perlis buat keputusan, mereka nak buang Perlis, maka buanglah,” katanya dalam program bual bicara bersama Talk, Now, program temu bual isu semasa yang diterbitkan MalaysiaNow bulan lalu.
Perhimpunan agung Umno yang berlangsung pada 27 Mac lalu turut menyaksikan Shahidan “diboo” perwakilan ketika memberikan ucapan gara-gara dilihat tidak sekata dengan Majlis Tertinggi Umno.
akibat makan keh pau.. tuan presiden nak kena tapau.. kah kah kah.
BalasPadamTT, panjangnya kote "dongki" tu, kote MAT PEDO menunduk kebawah macam tu jugak ke?
BalasPadam