BETUL MUHYIDIN
ADA SOKONGAN
KUAT
AMIN
MUHYIDIN TETAP
POPULAR
DI PANGUH
AMIN
Sokongan Muhyiddin kuat, bubar Parlimen sekarang, kata Shahrir Samad
MUHYIDDIN Yassin patut membubarkan Parlimen sekarang ketika beliau mendapat sokongan yang begitu kuat daripada rakyat, kata veteran Umno Shahrir Abdul Samad, merujuk kepada kaji selidik sokongan terhadap perdana menteri baru-baru ini.
Shahrir berkata dengan sokongan yang kuat itu, Muhyiddin sudah tentu boleh membawa Perikatan Nasional untuk menang besar dalam pilihan raya umum akan datang.
“Kan dah kata, PN di bawah kepimpinan hebat TS (Tan Sri) Muhyiddin kuat sokongan dari rakyat Malaysia.
“Hari itu, 67% tahap sokongan popular. Sekarang, 79% belia Malaysia puas hati dengan TS Muhyiddin,” katanya, merujuk laporan media yang memetik kaji selidik Merdeka Centre yang diumum pada Jumaat lalu.
“Memang patut Dewan Rakyat dibubar. PN akan pasti menang secara “landslide” dan dapat 2/3 kerusi,” tulisnya di Facebook.
Kaji selidik Merdeka Centre dijalankan sepanjang tiga minggu pertama bulan ini melibatkan 2,111 responden berumur 21 tahun ke atas yang ditemubual melalui telefon.
Hasil kajian mendapati sokongan terhadap Muhyiddin sebagai perdana menteri meningkat 4% kepada 67% berbanding Januari lalu, sementara sokongan itu kuat dalam kalangan Melayu (80%) diikuti India (66%) dan Cina (30%).
Kajian juga menunjukkan 79% golongan belia berumur antara 21 hingga 30 tahun sangat berpuas hati dengan Muhyiddin.
Shahrir dan beberapa pemimpin Umno sebelum ini meragui perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak 11 Januari bukan untuk menangani Covid-19 sebaliknya hanya muslihat politik untuk mempertahankan kerajaan Muhyiddin yang dipercayai sudah hilang sokongan di Dewan Rakyat.
Mereka mempertikaikan perintah darurat itu yang menyebabkan Parlimen tidak dibuka manakala pilihan raya ditangguh.
Dalam perhimpunan agungnya pada hujung Mac, Umno mengesahkan pendirian menolak kerjasama dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin dalam PRU15.
Perhimpunan agung itu juga memberi mandat kepada Majlis Kerja Tertinggi Umno menentukan tempoh yang sesuai untuk Umno menarik balik sokongan kepada kerajaan Muhyiddin, seawal Ogos ini apabila darurat dijangka berakhir. – 25 April, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan