SAHIH TERBUKTI
ISTERI ROSMAH
PILIHARA SAEKOR
BARUA
AMIN
Khalid Abu Bakar bocor rancangan pada Najib, dakwa Dr Mahathir
TINDAKAN ke atas Najib Razak gagal dilaksanakan lebih awal kerana dibocorkan oleh ketua polis negara waktu itu Khalid Abu Bakar, dakwa Dr Mahathir Mohamad.
Perdana menteri ketujuh itu mendedahkan demikian sewaktu menjelaskan komunikasi beliau dengan Zeti Akhtar Aziz sewaktu bekas penasihat kerajaan itu masih menjadi gabenor Bank Negara.
Dr Mahathir memberitahu Malaysiakini, Zeti pada masa itu berhasrat mengambil tindakan sewaktu Najib masih menjadi perdana menteri tetapi tidak dilaksanakan kerana usaha tersebut dibocorkan oleh Khalid.
Seterusnya, ia menyebabkan empat pegawai tinggi kerajaan termasuk peguam negara dan ketua pesuruhjaya agensi antirasuah “dihancurkan”, katanya.
“Sebenarnya, semasa Najib (menjadi perdana menteri) lagi saya bercakap dengan Zeti. Zeti yang bagitahu pada saya (bahawa) Najib ada duit banyak dalam bank.
“Dia kata nak ambil tindakan. Dia cuba. Lepas itu entah apa yang Najib buat, dia tak beranilah.
“Kumpulan empat orang itu, ketua polis (ketika itu) cerita pada Najib tentang kumpulan empat orang ini. Peguam negara dipecat.
“Najib hancurkan kumpulan empat orang tersebut,” dakwa Mahathir seperti dipetik Malaysiakini.
Peguam negara pada masa itu, Abdul Gani Patail mengetuai pasukan tindakan khas menyiasat wang berbilion ringgit dalam akaun Najib yang didakwa dikaitkan dengan 1MDB.
Pasukan itu turut dianggotai Zeti selaku gabenor Bank Negara, Khalid sebagai ketua polis negara dan Abu Kassim Mohamed sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Pasukan tindakan khas itu dibubarkan dengan pemecatan Gani pada 2015.
Najib bagaimanapun ditangkap tidak lama selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada 2018 dan didakwa di mahkamah.
Najib pada 28 Julai lalu disabitkan dengan kesalahan salah guna kuasa, tiga tuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana RM42 juta SRC International.
Beliau kini merayu sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta. – 16 April, 2021.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan