Selasa, 20 April 2021

NAJIB BUAT LAWAK BERDIRI

 

NAJIB MAKIN

PANDAI BUAT

LAWAK BERDIRI

KAH KAH KAH

MAKIN DEKAT

NAK MASUK

PENJARA NAJIB

MAKIN BIJAK

KAH KAH KAH



‘Satu mengejutkan bila Najib tak tahu mana datang RM42 juta dalam akaunnya

PUTRAJAYA – Antara hujah yang dikemukakan oleh pendakwaan ketika prosiding rayuan SRC International Sdn Bhd (SRC) penyewelengan dana RM42 juta di sini hari ini ialah hubungan akrab antara Najib Razak dan Low Taek Jho atau Jho Low.

Timbalan Pendakwa Raya,  V. Sithambaram berkata, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila mendakwa tidak tahu menahu tentang wang berjuta ringgit yang ada dalam akaun peribadi Najib sebaliknya menuding jari kepada Jho Low.

Menurutnya, kedua-dua mereka, Najib dan Jho Low mempunyai hubungan persabahatan akrab malah saling percaya antara satu sama lain sekitar tahun 2015 dan tahun 2016.

“Itu yang saya difahamkan, adalah sesuatu yang sungguh bahaya apabila mengatakan tidak tahu bagaimana jutaan wang itu dalam akaun peribadi.

“Walaupun perayu (Najib) mengatakan beliau tidak tahu tetapi pada masa juga telah bertindak membelanjakan wang-wang itu, juga telah mengeluarkan cek dari akaun terbabit namun beri alasan tidak tahu menahu tentang wang RM42 juta itu.

“Bagi saya itu adalah sesuatu yang sungguh lucu, comical,” katanya ketika prosiding rayuan SRC yang sudah masuk hari ke-10 di hadapan tiga panel hakim diketuai  Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama-sama Has Zanah Mehat dan  Vazeer Alam Mydin Meera di sini hari ini.

Sambung Sithambaram, Jho Low telah berurusan dengan Ambank dengan pengetahuan Najib dengan antara peranan ahli perniagaan itu adalah sentiasa memastikan wang mencukupi untuk digunakan oleh perayu secara peribadi.

Menurutnya adalah tidak logik jika pembelaan berterusan mendakwa Jho Low telah bertindak memasukkan dana ke dalam akaun Perdana Menteri semata-mata untuk membuat Najib percaya malah menggunakan dana bukan miliknya.

“Sebaliknya Jho Low telah diarahkan untuk memastikan akaun perayu sentiasa mempunyai dana mencukupi dan semua wang yang dimasukkan oleh Jho Low itu untuk tujuan dibelanjakan oleh perayu.

“Jika benar Najib tahu Jho Low melakukan penipuan dan penyewelengan seperti ini bukankah sudah ada siasatan terperinci serta penjelasan bagaimanakah dana bernilai RM42 telah dimanfatkan oleh Jho Low,” tegasnya.

Pada 28 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta setelah mendapati Najib bersalah.

Najib didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram serta menyalahgunakan kedudukan melibatkan wang milik SRC.


MAKIN JAUH

DARI BIK MAMA

MAKIN BIJAK

NAJIB BUAT LAWAK

KAH KAH KAH

BILA NAJIB 

TINGGALKAN

BIK MAMA

OTAK NAJIB MULA

BERJALAN

KAH KAH KAH



1 ulasan:

  1. Aku pon dok usia 60 masih tunggu bank in tapi tak pernah ada, how nasib tak baik, Jib selalu orang Bank.in...kah kah begitu mulia orang nya...syukur masih ada manusia malaikat di bumi ini...amin kah.kah

    BalasPadam