NURUL GOTU
TAK YAKIN
MENANG
AMIN
KALAU YAKIN
JAWAB IALAH
SAYA AKAN TETAP
DI PERMATANG PAUH
AMIN
KERANA TAK
YAKIN MENANG
MAKA PARTI
BUAT KEPUTUSAN
KHALAS
Pertahan Permatang Pauh, Nurul Izzah serah kepada kepimpinan parti
PETALING JAYA – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyerahkan barisan kepimpinan PKR membuat keputusan sama ada beliau perlu mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Jelasnya, kini perbincangan tentang kerusi-kerusi yang bakal ditandingi PKR pada PRU-15 masih berjalan.
“Kita kena tunggu keputusan kepimpinan parti, perbincangan masih berjalan. Kita (dalam parti) perlu mematuhi keputusan parti dan perbincangan sedang dijalankan.
“Berbalik kepada perkara melibatkan pergerakan dalam parti saya juga tahu ia bukan keputusan yang mudah.
“Kita akan tahu bila tiba masanya nanti tetapi saya juga akan berhati-hati dan mematuhi apa sahaja arahan yang akan dikeluarkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kedai Online Shopee Keadilan, di sini, hari ini.
Nurul Izzah memenangi kerusi Permatang Pauh pada PRU lalu dengan meraih 35,534 undi daripada 84,789 undi.
Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Zaidi Mohd Said, yang memperolehi 19,866 undi dan calon Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang mendapat 14,428 undi.
Sementara itu, Nurul Izzah berkata, platform e-dagang Kedai Online Shopee Keadilan akan datang membantu mempromosikan PKR dengan lebih meluas dan dalam masa sama akan membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk bergiat aktif dalam perniagaan di atas talian.
Menerusi pelancaran platform berkenaan, barangan PKR boleh dibeli daripada laman Shopee .- MalaysiaGazette
Brader, dia orang dah pagi kat newyork...so, ada berita pagi, tapi ni berita sehari dua yg lepas...bukan basi, bukan old news, cuma lewat sehari dua, maklumlah, kita bukan pencinta nyt.
BalasPadamTapi, nampaknya nyt sudah begitu prihatin sekali terhadap nasib wanita afghan, tanpa amersol, wanita muslim afghan akan balik ke gua zaman taliban mereka. Takde apa, saja je...nasib baik nasi makan malam tak tersangkut masa menelan tadi apabila terbaca berita ni yg diviralkan ;-)
Rasa-rasa mamat nyt dan geng sewaktu dengan nya lebih prihatin pasal nasib wanita afghan atau sumber fulus yg akan hilang kerana ladang popi sudah takde dalam tangan?
https://www.nytimes.com/2021/04/18/world/asia/women-afghanistan-withdrawal-us.html
Afghan Women Fear the Worst, Whether War or Peace Lies Ahead
Whatever happens once the United States withdraws will not bode well for Afghan women. But even the gains made for them over the last 20 years have often been fleeting.
YB MP yang bukan putar2 keliling dunia dan kaki menipu ialah
BalasPadamYB MP yang telah mati.
Khalassss