Khamis, 29 April 2021

PENCERAHAN - APA ITU KWAN

 


KWAN DUIT 

TABUNG BULUH

NEGARA

AMIN


Apa itu KWAN?

SEJAK kebelakangan ini Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) mendapat perhatian selepas Putrajaya meminda akta berkenaan berdasarkan ordinan darurat tanpa pengawasan Parlimen, bagi tujuan pemerolehan vaksin Covid-19.

KWAN ditubuhkan pada 18 Februari, 1988 di bawah Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988 dengan objektif untuk memastikan penggunaan sumber asli secara optimum bagi menyediakan sumber pendapatan yang stabil dan berterusan untuk kepentingan Malaysia dan generasi akan datang.

Seperti yang diperuntukkan di bawah Akta berkenaan, pihak-pihak yang ditetapkan untuk secara sukarela memberikan sumbangan kepada NTF termasuk Petroliam Nasional Berhad, setiap negeri di Malaysia yang memperoleh segala bentuk royalti dari eksploitasi petroleum atau sumber semula jadi yang berkurang dan pihak-pihak yang perniagaannya termasuk penyelidikan pembangunan sumber.

Dana berkenaan boleh digunakan untuk tujuan berkaitan dana pembangunan dan untuk memberi pinjaman dan pendahuluan kepada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri berdasarkan syarat konsesi.

KWAN diuruskan oleh Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988, di bawah naungan Bank Negara Malaysia (BNM).

Dana berkenaan turut ditadbir oleh panel amanah terdiri daripada pengerusi (biasanya daripada Petronas), timbalan pengerusi yang akan mewakili Kementerian Kewangan, seorang pegawai dari Jabatan Perdana Menteri dan dua ahli perniagaan atau pakar kewangan.

Panel ini dilantik oleh menteri kewangan.

Panel pemegang amanah juga dibenarkan untuk melaburkan dana dalam sekuriti, sebagai simpanan bank dan juga dalam instrumen pelaburan yang dibenarkan oleh Akta Pemegang Amanah untuk menghasilkan pulangan.

Portofolio pelaburan KWAN terdiri daripada simpanan tetap dan sekuriti pendapatan tetap yang dikeluarkan oleh kerajaan, agensi berkaitan kerajaan, supranasional dan korporat dan juga Dana Bon Asia.

Pelaburan pasaran domestiknya berada di pasaran ekuiti melalui program pengurusan dana luaran dan pemegangan ekuiti di Putrajaya Holdings Sdn Bhd.

Dana berkenaan hanya digunakan sekali apabila sejumlah RM42 juta dikeluarkan untuk membiaya projek Santuari Wetland Malaysia di Ulu Langat.

Menurut Kementerian Kewangan, baki dana berkenaan adalah RM19.5 bilion pada 31 Disember, 2020. – 29 April, 2021.


RAMAT DUIT

TABUNG BULUH

UNTUK CUCU

CICIT

KHALAS

REMBAT BOLEH

TAPI YANG JADI

MASAALAH

REMBAT TENGAH

MALAM

DALAM GELAP

AMIN

REMBAT 5 BILION

DALAM GELAP

AMIN

GUNA  GELAP

MASA DARURAT

KHALAS




Tiada ulasan:

Catat Ulasan