Ahad, 18 April 2021

PUTAR WAJIB PUTAR

 


PUTAR  MESTI

PUTAR

AMIN

TOWKAY DAH

BERI KOMISEN

AMIN

WAJIB PUTAR

AMIN




Khairy perjelas isu petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 walaupun divaksin

ORANG ramai masih boleh dijangkit Covid-19 walaupun menerima suntikan penuh vaksin, kata Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi Khairy Jamaluddin.

Beliau mengulas tentang berita pekerja kesihatan yang dijangkiti virus itu walaupun sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19.

“Semalam, seluruh Malaysia dalam kekalutan susulan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah tentang 40 petugas kesihatan dijangkiti virus itu walaupun sudah menerima vaksin,” katanya.

“Kumpulan antivaksin akan mengambil kesempatan di media sosial dengan mengatakan vaksin Covid-19 ini ibarat mencucuk air kosong ke dalam badan.”

Beliau berkata orang ramai mula berspekulasi berita itu tanpa memahami konteks dan hanya membaca tajuk berita.

Khairy yang juga merupakan menteri penyelaras Program Immuniasasi Covid-19 Kebangsaan berkata 31 daripada 40 petugas yang dijangkiti virus itu tidak menerima dua dos penuh.

Beliau menjelaskan bahawa sistem imunisasi badan hanya bersedia melawan virus itu kira-kira dua minggu selepas menerima dos kedua.

“Ini baru dikira individu tersebut telah menerima vaksin sepenuhnya,” katanya.

“Walaupun telah divaksin secukupnya, ia tidak bermakna kita tidak boleh dijangkit. Ia masih boleh berlaku walaupun vaksin mengurangkan kebarangkalian untuk dijangkiti,” katanya.

Khairy berkata individu yang menerima vaksin penuh tidak akan mengalami simptom teruk seperti kesukaran bernafas atau mati jika dijangkiti Covid-19.

“Ini sebebnya sembilan petugas kesihatan yang dikesan positif Covid-19 selepas menerima dua dos tidak mengalami simptom yang teruk atau tiada langsung simptom,” katanya.

Beliau sekali menegaskan bahawa vaksin Covid-19 adalah selamat dan berkesan.

Semalam Dr Noor Hisham berkata seramai 40 petugas kesihatan dijangkit wabak itu selepas menerima dos kedua. – 18 April, 2021.

BILA FULUS

SUDAH MASUK

AMIN

TERUS JADI JURU

KELENTONG

CHINA MERAH

AMIN

 TUGAS UTAMA

PUTAR MAKLUMAT

KHALAS



2 ulasan:

  1. Hisham, yang kena jangkit semua vaksin Pfizer Amerika la. Malaysia belum terima vaksin China merah lagi. Dah order, belum sampai. Yang dah sampai dan di suntik petugas, semua Pfizer. Mahal beli dari Amerika. Google cakap satu suntikan Pfizer USD 19.50/RM 80.00

    BalasPadam
  2. Bukan menteri science bangla nih patut sambung buat kereta terbang ke? Kenapa tak dicipta jer manusia terbang melangkaui bas, teksi atau mrt dan keretapi yang sudah terang ia nya perlu berasak asak dan bergelumang lebih lagi ketika naik bas kat mana nak dijarakkan? Tapi di masjid dijarakkan?

    Ini menteri dulu kecut kerandut mahu bell the cat sekarang galak bell the Covid....gaji lumayan der presiden 47 kes kata resign dorang semua nih buat derrr jer...

    BalasPadam