SAJAT
SEDANG DI CARI
AMIN
PGA edar gambar Sajat di pos kawalan, elak bolos ke negara jiran
BUKIT KAYU HITAM – Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) mengedarkan gambar usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau dikenali ramai dengan nama Nur Sajat, di sepanjang pos kawalan keselamatan bagi memastikan dia tidak dapat bolos ke negara jiran.
Timbalan Komander Briged Utara PGA, ACP Mohd Noh Khamis berkata, gambar Sajat mula diedarkan sejak bulan lepas namun sehingga hari ini pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat melibatkan individu berkenaan.
“Kita memang sentiasa lakukan kawalan ketat di sempadan, setakat ini, pintu sempadan memang tidak dibuka kepada orang awam dan hanya kenderaan berat yang membawa barangan industri sahaja dibenarkan melepasi sempadan.
“Negara paling dekat untuk dia (Sajat) keluar ialah Thailand, jadi kita akan teruskan pemerhatian. Mungkin juga akan berlaku penyamaran bagi mengelak daripada dikesan pihak penguat kuasa. Jadi kita akan teruskan kawalan ketat di semua pos kawalan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PGA membuat kawalan ketat di pos kawalan sempadan bagi memastikan Sajat tidak lolos ke negara jiran.
Mengapa tak minta bantuan interpol? Atau interpol tak jaga kotek sajat? Kah! Kah! Kah!
BalasPadamjanji isle semua lubang boleh bolos .... tak caya tanya wak indon 1 tahun boleh pi balik indonesia brp kali macam negara bapa depa punya . bagi Sajat money is king tak susah dia nak bolos lubang mana depan ke belakang atas ke bawah semua alright punya
BalasPadam