Isnin, 19 April 2021

SELAMAT BERBUKA PUASA

 


PUASA KE 7

SAPERTI 
PETANG PETANG
HARI PUASA YANG LAIN
PETANG INI AKU TERASA
SANTAI REDUP

TADI SATELAH JAM 2
HUJAN LEBAT TURUN
AKU DIKATIL TIDUR
SIESTA

BANGUN BANGUN
BALKONI AKU BASAH

LALU AKU TERINGAT KEMBALI
PUASA 2015 2010 2008
ADUH
SEMUA TELAH BERLALU
AKU TAHU
AKU SEDAR 
YANG LALU BIARKAN LALU
YANG NAK PERGI
BIARKAN DIA PERGI

TAPI 
INGATAN INI TERPAHAT
AKU TIDAK TERPENJARA
OLEH INGATAN
AKU MERAYAKAN
INGATAN
UNTUK MELIHAT
DUNIA BARU
YANG SEDANG KITA HADAPI

REDUP DAN SANTAI INI
KERANA
HUJAN DATANG AWAL 
AKU HARAPKAN
MEMBAWA REZEKI LUMAYAN
PADA PAK CIK DAN MAK CIK BAZAR

HENDAKNYA
JANGANLAH HUJAN TURUN
DI WAKTU BERJUAL BELI
ATAU
TAUFAN DATANG
KETIKA MEMASANG KEMAH

KITA DAH PUASA SEMINGGU
CEPAT HARI BERGANTI
MASA DAN KETIKA
TERUS BERGERAK
TAK MENUNGGU SIAPA PUN

HARI INI
AKU BERBUKA 
SAMA SAPERTI KELMARIN
SAMA SAPERTI DUA HARI DULU
SAMA SAPERTI TIGA HARI DULU
SAMA SAPERTI HARI PERTAMA
HANYA
KALI INI BEZANYA
BUAH MANGGA AKU TINGGAL SEBIJI
SEBIJI AKHIR
YANG TIDAK MENGELIURKAN
PISANG AKU MASIH TERGANTUNG

MAKAN MALAM AKU
SAMA TIDAK BERUBAH
HA HA HA

TAPI JANGAN RISAU
KERANA BERPUASA
SEMUAN NYA ENAK
WALAU PUN TELAH
SEKIAN KALINYA
AKU PANASKAN
AMIN

SELAMAT BERBUKA PUASA
SELAMAT BERSAHUR







Tiada ulasan:

Catat Ulasan