Selasa, 20 April 2021

TERIMA KASIH RONALD REAGAN

 

TERIMA KASIH

RONALD REAGAN

AMIN

TERIAM KASIH

MAAT KOBID

AMIN

KITA BERTEMPUR

DI RUANG SIBER

KHALAS



Ahli politik guna aplikasi media sosial terkini dekati pengundi

BAGI memperluaskan pengaruh dan mendekati pengundi, ahli politik kini beralih kepada TikTok dan Clubhouse, selain aplikasi pemesejan seperti WhatsApp dan Telegram.

Ia sebagai tambahan kepada platform media sedia ada yang sudah kukuh dan dikira agak “lama” seperti Facebook, Twitter dan Youtube.

Antara yang mendahului menggunakan platform terkini tersebut adalah bekas perdana menteri Najib Razak, Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang kesemuanya mempunyai jutaan “like” di Facebook masing-masing.

Ahli politik lebih muda pula bereksperimen dengan konsep dan pendekatan baharu melalui platform media sosial.

Adun DAP Balakong, Wong Siew Ki mengadakan rancangan ceramahnya sendiri di media sosial bagi mendekati pengundi muda dan mencapai matlamat politiknya.

Beliau kerap memuat naik rancangan berjudul “Deeper Talk Show” dan “Space Broadcast” di saluran Youtube dan platform podcastnya SpaceTune setiap minggu.

Beliau memberitahu The Malaysian Insight yang saluran kasual dan bukan propaganda ini mampu sampai kepada khalayak selain mereka yang setia bersama parti.

“Program saya bukan dalam bentuk forum yang membosankan. Sebaliknya, ia dialog ringkas bagi lebih banyak orang memahami secara mendalam mengenai beberapa isu penting.

“Apabila kami bercakap mengenai Undi18 untuk memperkasakan anak muda, adakah kita mempunyai saluran mencukupi untuk mereka memahami politik? Saya rasa ini adalah salah satu perkara yang ingin saya lakukan.”

Wong yang juga ketua Pemuda DAP Selangor (DAPSY) berkata beliau percaya kandungan berkala yang berkaitan dengan golongan muda akan menarik minat mereka.

“Ini adalah usaha jangka panjang. Ini tidak akan berakhir selepas seminar atau pertunjukan. Ia perlu dilakukan setiap minggu. Mungkin topik bagi satu minggu lebih serius, dan minggu lain lebih santai, tetapi ada program berkaitan dengan hal ehwal semasa.”

Wong juga mahu rancangannya berbeza dengan apa yang disiarkan di platform media sosial partinya, UbahTV.

“Saya tidak mahu rancangan saya mempunyai suasana parti politik yang kuat. Ini adalah platform untuk perbincangan mengena kenyataan. Tentu saja, ia boleh dihubungkan dengan politik, tetapi tidak sepenuhnya berkaitan dengan isu politik.”

Malah beliau lebih suka menjemput individu berpengaruh berbanding ahli politik untuk rancangannya.

“Jika boleh, saya ingin meluahkan pandangan saya dan membenarkan tokoh bukan politik, pakar dalam bidang masing-masing untuk berkongsi.”

Programnya membincangkan topik yang melibatkan pelajar pengajian tinggi yang terlibat dalam industri “sugarbaby”, kecantikan dan rawatan pelangsingan, vaksinasi Covid-19, selebriti Internet dan industri budaya.

“Saya tidak mahu mengubah platform ini menjadi platform propaganda kerajaan. Saya tidak akan sengaja mengelakkan masalah negara, tetapi pilihan utamanya bukanlah yang dibincangkan dalam banyak saluran.” – 20 April, 2021.

AWAS

SIAPA MEMILIKI

SEVER

AMIN

DIA AKAN

MENGJUMLAH UNDI

KHALAS






Tiada ulasan:

Catat Ulasan