Ahad, 23 Mei 2021

BERKHALWAT HAR KE 432

 

KHALWAT KE 432


AHAD 23/5/2021
KITA MASUK KE HARI 432
BERKHALWAT

DARURAT
HARI 132

PKP 3.0

KITA LIHAT DAN TUNGGU
APA ARAHAN
MAJLIS KESELAMATAN

KEMUDIAN KITA TUNGGU
HASIL DARI ARAHAN ITU
APAKAH ANGKA AKAN TURUN
ATAU
ANGKA AKAN  NAIK
AMIN

PAGI INI HOKKIEN LENGANG
TAK ADA SAPA PUN
PAGI AHAD 
PEKERJA KIBUR PUN BERCUTI

KUALA LUMPUR BERJEREBU
LANGIT BERBTOMPOK AWAN PUTIH
MATA HARI TAK KELIHATAN

UNGGAS
HANYA KUR KUR KUR

BUNGA BUNGA
MASIH BERKEMBANG
MENJADIKAN PAGI AHAD
YANG MENJANJIKAN

DI POKOK MENGKUDU
GUA NAMPAK
RUMAH JANTAN SEDANG DIBINA
RUMAH UNTUK ISTERI
DAH SIAP
JELAS DALAM BUDAYA UNGGAS
ISTERI DIDAHULUKAN
KERANA BAKAL
MELAHIRKAN
JENERASI AKAN DATANG
AMIN

BRO
SENYUM LAH PAGI INI
MULAKAN PAGI INI
DENGAN HATI YANG GUMBIRA

BRO
INGAT KITA TIDAK AKAN
DI HUKUM KERANA KITA MARAH 
TAPI
KITA  SENDIRI 
AKAN DIHUKUM OLEH
KEMARAHAN KITA

BRO
MANGSA UTAMA
DARI KEMARAHAN
IALAH DIRI KITA SENDIRI

BRO
KETIKA MARAH
JANGAN CAKAP KASAR
MARAH AKAN HILANG
KATA KATA KESAT
AKAN TERUS MENGKOYAK
YANG MENDENGAR
SEPANJANG HIDUP
GUNAKAN PERKATAN SOPAN
JIKA TIDAK
SENYAP BISU

BRO
SENYUM BILA
MENGENANG KEMBALI
 PERANGAI KITA
YANG LALU LALU
SEBELUM 
PENCERAHAN SAMPAI

BRO
JANGAN CEMBURU
PADA YANG LAIN
JANGAN SINGGIT MENYINGGIT
TUMPUKAN
PADA APA YANG
LU NAK BUAT

BRO
JANGAN STRESS DIRI
SEMUA AKAN BERUBAH

BRO
HIDUP INI INDAH
SATU SAAT
SATU JAM
SATU HARI
IANYA
TAK AKAN DATANG LAGI
DALAM HIDUP INI
JAUHKAN BERBALAH
JAUHKAN KEMARAHAN
BECAKAP SOPAN
KEPADA SEMUA ORANG

KUNCI HIDUP GEMBIRA
JANGAN BERHARAP
PADA ORANG LAIN
BUAT SENDIRI

BRO
LU ADA MASALAH
KEUPAYAAN LU SELESAIKAN
MASALAH ITU ADALAH
DUA KALI LEBIH HEBAT
DARI MASALAH ITU
JANGAN NILAI DIRI RENDAH

BRO
BIJAK BERKATA: TIDAK
TANPA PERLU
MEMBERI PENERANGAN

BRO
JANGAN SEDIH
PERKARA YANG DULU
SEMUA DAH PERGI
JANGAN RISAU
PEKARA YANG AKAN DATANG
IANYA BELUM SAMPAI
HARI INI TERBUKA
MARI KITA RAYAKAN
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT


Tiada ulasan:

Catat Ulasan